Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: "Kawanku Puntianak!"

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: “Kenapa puntianak mesti minum darah? Saya tak suka minum darah! Keluarga Tommy sihat saja makan makanan lain. Saya pasti kalau saya juga begitu, saya mesti sihat. Ayah tak pernah cuba, mana tahu tak boleh!”

Dialog Elena, si anak gadis bijak ini, pasti mencuit perasaan pembaca yang gemar dengan cereka fantasi yang melibatkan hubungan manusia dan hantu.

Elena, makhluk puntianak, sepenuh hatinya ingin menjadi manusia setelah berkenalan dengan Tommy.

Satu perselisihan faham antara Elena dan ibu bapanya menyebabkan dia dihalau keluar daripada istana mereka.

Tommy pula seorang budak yang tidak mempunyai teman. Beliau sering dibuli kerana tubuhnya yang gemuk. Namun, beliau tidak terganggu dengan keadaan ini asalkan makanan kesukaannya sentiasa ada untuk dinikmati.

Suatu hari, Tommy telah lari dari rumah dan masuk ke dalam hutan setelah dimarahi dan ditampar ibunya. Ketika tersesat di hutan, Elena telah menyelamatkan beliau. Maka bermulalah satu persahabatan istimewa antara makhluk ghaib dan manusia.

Bacalah kisah persabatan murni di luar jangkaan realiti ini. Walaupun terdapat unsur komedi yang menghiburkan, kisah ini turut mengajak pembaca belajar menerima kenyataan dalam kehidupan.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Kawanku Puntianak!
Penulis: karya asal, Michelle Wong; terjemahan & olahan, Fey
Penerbit: Kuala Lumpur: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd, 2016.
Nombor Panggilan: J Malay HUA
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan