ePustaka: Kalaulah Boleh Lihat Masa Depan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan.
Banyak perkara yang boleh dihindari atau diperbaiki sekarang ini jika kita dapat melihat segala yang bakal terjadi pada masa akan datang.
Misalnya, jika seseorang tahu yang beliau akan menjadi seorang guru, pasti dirinya akan memanfaatkan setiap waktu semasa usia mudanya untuk mempersiapkan diri bagi menyandang kerjaya tersebut.
Ini termasuk gigih membaca buku-buku tentang pendidikan dan psikologi kanak-kanak.
Bagaimana pula sekiranya masa depan yang dilihat itu merupakan suatu yang amat kelam dan menakutkan?
Apakah yang akan terjadi jika setiap manusia di dunia ini mempunyai kebolehan tersebut?
Lebih parah lagi jika kebolehan melihat masa depan itu dimiliki pihak berkuasa yang menguasai pelbagai sumber sesebuah negara.
Adakah mereka akan membelanjakan sumber yang ada untuk membebaskan rakyat daripada kesuraman masa depan atau terus meminggirkan mereka?
Kesemua soalan di atas merupakan sebahagian daripada tema novel “Kalaulah Boleh Lihat Masa Depan”, salah satu tajuk daripada siri “Kalaulah Boleh...” yang diilhamkan minda kreatif Olvidado Shakur.
Karya yang diterbitkan Blink Book ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berumur 17 tahun bernama Dzikra yang mengalami kemalangan jalan raya.
Tika Dzikra tersedar, beliau mendapati dirinya berada di sebuah hospital yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih yang hanya wujud dalam filem fiksyen sains.
Selain pelengkapan dan persekitaran yang tidak biasa dilihat oleh Dzikra, jururawat dan doktor yang merawat beliau juga bersifat pelik.
Melalui naratif dan gaya penulisan yang akan membuat pembaca sukar untuk mengambil jeda, segala misteri dan persoalan dalam karya akhirnya terungkai di akhir cerita menerusi “nada” yang mendebarkan, namun memuaskan.
Pastinya, buku ini akan dinikmati oleh para pembaca yang meminati genre fiksyen sains distopia, sebuah genre yang menggambarkan segala kerisauan dan juga harapan kita terhadap masa depan.
Selain alur cerita yang menarik dan penuh dengan unsur-unsur drama dan saspens, ia juga mengandungi beberapa tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan teknologi, kekuasaan, kekeluargaan dan kemanusiaan.
Pembaca turut dianjurkan untuk untuk memikirkan dan membicarakan bersama tentang etika penggunaan teknologi dan AI secara bertanggungjawab demi memastikan ia tidak menjurus kepada nyahkemanusiaan serta penindasan suatu golongan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Kalaulah Boleh Lihat Masa Depan
Penulis: Olvidado Shakur
Penerbit: Malaysia: Blink Book, 2025
Nombor Panggilan: Teen Malay OLV
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.