ePustaka: Jengki
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tere Liye, yang terkenal sebagai penulis karya fiksyen untuk golongan dewasa, turut menghasilkan beberapa buku untuk kanak-kanak.
Salah satu daripada karya awal beliau untuk pembaca muda ialah "Jengki", sebuah cerita yang penuh nilai kemanusiaan.
Buku ini mengisahkan kesetiaan seorang pekerja pos terhadap basikalnya di tengah-tengah perubahan zaman. Di samping itu, "Jengki" turut menggambarkan proses pemodenan yang dilalui Indonesia sepanjang beberapa dekad.
Dengan penyampaian yang penuh emosi, cerita ini mengajar pembaca pelbagai nilai positif yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam karya ini, penulis dengan bijak mendokumentasikan perubahan besar yang berlaku di Indonesia sepanjang zaman. Pembaca dapat melihat bagaimana infrastruktur moden seperti bangunan pencakar langit mula dibina, manakala basikal yang dahulunya menjadi alat pengangkutan utama semakin ditinggalkan, lalu digantikan dengan kereta dan motosikal.
Selain itu, rumah-rumah mula dipasang dengan ciri-ciri moden seperti loceng pintu dan pagar automatik. Teknologi komunikasi yang semakin maju, seperti telefon bijak, turut mempermudahkan interaksi antara orang ramai.
Semua perubahan ini menggambarkan bagaimana dunia yang serba canggih telah mengubah cara hidup masyarakat Indonesia, yang turut dirasai oleh watak utama dalam cerita ini.
Walaupun pemodenan berkembang dengan pesat, watak utama buku ini, Pak Johan, tetap setia kepada basikalnya, Jengki, yang telah lama berkhidmat sejak awal kerjayanya sebagai seorang pekerja pos. Pak Johan tidak hanya melihat Jengki sebagai alat pengangkutan, tetapi sebagai sahabat yang telah banyak membantunya dalam menjalankan tugas harian. Beliau sangat menjaga Jengki, memastikan basikal itu sentiasa dalam keadaan baik.
Walaupun Jengki sering rosak, Pak Johan tidak pernah tergoda untuk membeli basikal baharu atau beralih kepada motosikal. Sebaliknya, beliau sanggup meluangkan masa dan usaha untuk membaiki basikal lama itu, mencucinya dengan teliti, dan memastikan setiap bahagian berfungsi dengan sempurna.
Kesetiaan Pak Johan kepada Jengki menggambarkan nilai-nilai kejujuran dan ketekunan yang boleh dicontohi pembaca.
Selain kesetiaannya, Pak Johan juga seorang yang mempunyai prinsip yang teguh. Beliau tidak mudah terpengaruh oleh desakan rakan-rakannya atau tekanan yang datang dengan proses pemodenan.
Walaupun rakan-rakannya menggalakkannya untuk beralih kepada motosikal supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien, Pak Johan tetap berpegang kepada pendiriannya. Baginya, basikalnya masih berfungsi dengan baik dan tidak ada keperluan untuk membuat perubahan besar.
Malah, Pak Johan turut menggunakan basikalnya untuk membawa keluarganya bersiar-siar, membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar alat pekerjaan.
Selain itu, beliau juga membeli sebuah basikal untuk anaknya sebagai hadiah hari lahir, memandangkan anaknya sangat menyukai Jengki. Tindakan Pak Johan ini menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan melalui contoh teladan yang beliau paparkan.
Satu lagi nilai positif yang boleh diambil daripada novel ini ialah keupayaan untuk melepaskan sesuatu yang sudah tidak memberikan manfaat lagi. Akhirnya, Pak Johan terpaksa melepaskan Jengki, namun beliau memilih untuk memberikannya kepada sebuah keluarga yang lebih memerlukan.
Walaupun basikal itu sudah agak usang, ia masih berfungsi dengan baik kerana penjagaan rapi yang diberikan oleh Pak Johan selama ini.
Keputusan Pak Johan untuk memberikan Jengki menunjukkan sikap beliau yang tidak mementingkan diri, dan kesedaran bahawa menyerahkan sesuatu yang bernilai kepada orang lain merupakan cara terbaik untuk menghargai kenangan dan jasa sesuatu itu kepada dirinya.
Tindakan ini mengajar pembaca bahawa usaha menjaga sesuatu yang berharga dengan sempura akan memanjangkan “hayat”nya untuk terus berbakti kepada manusia.
Secara keseluruhannya, "Jengki" merupakan sebuah cerita yang mengajak pembaca untuk menghargai setiap benda yang kita miliki, menjaga hubungan dengan penuh kasih sayang, dan rela melepaskan sesuatu yang dikasihi dengan ikhlas apabila tiba masanya.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Jengki
Penulis: Tere Liye
Nombor Panggilan: J TER
Penerbit: Depok, Jawa Barat: PT Sabak Grip Nusantara, 2024
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.