ePustaka: Ibu Marah Saya Nakal: Kisah Tentang Memperbaiki Tingkah Laku Buruk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Demikianlah pepatah Melayu yang sering kita dengar. Ia memberi maksud bahawa pendidikan serta pembentukan keperibadian seseorang seharusnya bermula sewaktu usia kecil lagi.
Dalam dunia sosial yang serba kompleks, kanak-kanak berkemungkinan besar menghadapi pelbagai situasi yang akan memberi mereka peluang membina kemahiran menyelesaikan masalah serta menyampaikan keperluan mereka menerusi luahan kata-kata. Namun, apabila perkara ini tidak dapat disempurnakan, akan timbullah masalah tingkah laku.
Masalah inilah yang diketengahkan dalam buku kanak-kanak “Ibu Marah Saya Nakal”. Versi asalnya ditulis oleh Dr Ong Say How, seorang pakar psikiatri kanak-kanak daripada Jabatan Psikiatri Perkembangan di Institut Kesihatan Mental (IMH), Singapura.
Edisi Melayu ini telah diterbitkan pada tahun 2025 oleh PTS Publishing House untuk dijadikan salah satu tajuk dalam Siri Kesihatan dan Kesedaran. Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Nik yang sering dimarahi golongan dewasa di sekelilingnya disebabkan tingkah laku buruknya. Segalanya berubah selepas Nik berjumpa dengan Cik Loh, kaunselor di sekolahnya.
Buku ini amat sesuai untuk dibaca bersama dengan kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun. Selain isu tingkah laku, ia mengandungi tema-tema lain yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan kekeluargaan, persekolahan, adab berkomunikasi serta pentingnya membina keyakinan dan jati diri.
Melalui watak-watak dalam cerita, kanak-kanak akan dapat mengaitkan kisah yang diceritakan dengan pencerapan dan pengalaman mereka sendiri, selain membina peribadi manusiawi serta menanam sikap empati terhadap golongan yang sering dipersalahkan.
Disertakan juga nota rujukan di bahagian akhir buku yang menerangkan secara ringkas tentang masalah tingkah laku termasuk penyebab dan cara bagaimana ahli keluarga dan rakan-rakan boleh membantu mereka.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama dan utama sekali ialah cara golongan dewasa ‘melentur buluh’. Tingkah laku buruk bukanlah sesuatu yang semula jadi tetapi dibentuk lingkungan di mana seorang kanak-kanak itu membesar. Selain gaya keibubapaan yang permisif, gaya yang bersifat autoritarian juga akan menghasilkan tingkah laku buruk dalam diri anak-anak.
Kedua, konsep ganjaran dan hukuman yang disarankan dalam buku ini merupakan suatu kaedah yang bermasalah yang telahpun dikritik oleh beberapa pendidik dan pakar psikologi kanak-kanak, disebabkan hasil jangka panjang yang akan membuat kanak-kanak didorong oleh motivasi yang lebih bersifat ekstrinsik dari intrinsik.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Ibu Marah Saya Nakal: Kisah Tentang Memperbaiki Tingkah Laku Buruk
Penulis: Ong Say How
Penterjemah: Nur Ain Zolkefli
Penerbit: Malaysia: PTS (Junior) Publishing House, 2025
Nombor Panggilan: J ONG
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.