Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Hutan Harapan Haris' pupuk kesedaran galak usaha lindungi Bumi

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Bumi semakin terancam oleh perubahan iklim.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti pembakaran hutan serta pencemaran alam sekitar membuatkan keadaan ini lebih parah.

Perbuatan tidak bertanggungjawab sebegini bukan sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat, malah kelestarian keseluruhan ekosistem, di mana kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan terjejas secara langsung.

Apakah yang harus dilakukan bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan pada bumi kita?

Mungkin inilah persoalan yang ingin diangkat oleh penulis buku bergambar Hutan Harapan Haris.

Ia mengisahkan tentang Haris, seekor gajah yang terpaksa mencari rumah baru apabila hutan tempat tinggalnya musnah dibakar manusia. Bertemankan seekor monyet bernama Atan, kedua-dua haiwan itu merentasi hutan belantara dengan secebis harapan untuk menemukan tanah yang belum dimamah kerakusan manusia.

Buku bergambar ini sangat sesuai dibaca bersama secara lantang dengan anak-anak.

Penceritaan akan menjadi lebih senorok jika dibaca dengan intonasi suara haiwan yang berbeza-beza.

Luangkan masa untuk berbincang bersama dengan kanak-kanak tentang ilustrasi pada setiap muka surat.

Dengarkan pandangan dan tafsiran mereka tentang apa yang dilihat. Ambil peluang ini untuk turut memupuk kesedaran dalam diri kanak-kanak tentang tanggungjawab memelihara alam sekitar dan bagaimana mereka dapat membantu mengelakkan perbuatan memusnahkan bumi kediaman bersama.

Tajuk Buku: Hutan Harapan Haris
Penulis: Endah Herawati
Penerbit: Indonesia: PT Provisi Mandiri Pratama, 2021.
Nombor Panggilan: J P HER
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

 
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan