Skip to main content

Nadi Kampus

ePustaka: Hitam Putih & Galak

Di sebalik pintu-pintu besi pusat pemulihan dadah, tersembunyi kisah-kisah kemanusiaan yang jarang didengari oleh masyarakat umum.

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Hitam Putih & Galak

(Gambar: NLB)

Diterbitkan : 17 May 2025 10:51PM Dikemas Kini : 17 May 2025 10:53PM
SINGAPURA: Di sebalik pintu-pintu besi pusat pemulihan dadah, tersembunyi kisah-kisah kemanusiaan yang jarang didengari oleh masyarakat umum.

Novel “Hitam Putih & Galak” karya Suratman Markasan membuka tirai kehidupan di sebalik dinding pusat pemulihan dadah dengan cara yang mendalam dan bermaruah.

Melalui kanta seorang Pegawai Penasihat Anti Dadah Kebangsaan (PANDAK) yang prihatin, Pak Suratman membawa kita mengenali Hitam, Putih, Galak dan ramai lagi watak-watak menarik yang masing-masing membawa kisah tersendiri.

Novel ini mengajak kita melihat dari sudut yang berbeza – bukan sekadar tentang kesalahan dan hukuman, tetapi tentang harapan, peluang kedua, dan kekuatan untuk berubah.

Kisah bermula apabila Hitam ditahan kerana memiliki dadah yang sebenarnya bukan miliknya. Kejadian ini berlaku ketika dia cuba membantu kawannya, Putih, untuk memulangkan jaket milik Galak.

Permulaan yang kelihatan ringkas ini membuka pintu kepada penerokaan yang lebih mendalam tentang keadilan, prasangka, dan juga dilema moral yang dihadapi oleh mereka yang bekerja dalam sistem pemulihan.

Perkara yang menonjol dalam karya ini merupakan keberanian Pak Suratman mempersoalkan tanggapan umum tentang punca penagihan dadah dalam masyarakat Melayu. Beliau menolak pandangan stereotaip yang sering mengaitkan gejala ini dengan kekurangan pendidikan agama semata-mata.

Sebaliknya, melalui sesi kaunseling antara pegawai PANDAK dengan mereka yang berada di bawah bimbingannya, yang digelar sebagai ANAK, Pak Suratman mengupas isu-isu sistemik seperti kekurangan peluang sosioekonomi yang mengekang mobiliti sosial, dinamik keluarga dan stigma sosial yang menyulitkan bekas penagih untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Melalui kisah-kisah peribadi yang dikemukakan, novel ini mengajak kita melihat masalah dadah bukan sebagai kegagalan individu semata-mata, tetapi suatu cerminan cabaran-cabaran sistemik yang lebih besar dalam masyarakat kita.

Dalam era di mana isu dadah masih menjadi cabaran besar, karya ini kekal relevan sebagai sumber pemahaman dan empati terhadap mereka yang terlibat dalam kitaran penagihan dan pemulihan.

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.

Tajuk: Hitam Putih & Galak
Penulis: Suratman Markasan
Penerbit: Singapura: Unggun Creative, 2021
Nombor Panggilan: Malay Adult SING SUR
Pengulas: Nur Fatin Afiqah Halim, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita