Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Gajah Dan Pokok

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: Bumi semakin terancam oleh perubahan iklim.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan manusia seperti pembalakan di hutan, pemburuan haram serta pemerdagangan haiwan liar membuatkan keadaan ini lebih parah.

Perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian bukan hanya mengancam kehidupan manusia sejagat, malah kelestarian seluruh ekosistem alam semula jadi di mana kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga turut terjejas.

Apakah akibatnya jika manusia terus dibiarkan “menjarah” sumber semula jadi bumi dengan penuh rakus? Apakah yang harus dilakukan untuk menghentikannya?

Mungkin inilah isu dan persoalan yang ingin diangkat penulis buku bergambar Gajah Dan Pokok. Pertama kali diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada 2006, edisi Bahasa Melayu ini telah diterbitkan pada tahun 2022 oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Ia mengisahkan tentang persahabatan antara seekor gajah dan sebatang pokok di sebuah hutan di mana kedua-duanya menikmati kebahagiaan semahunya.

Namun kebahagiaan dan kebebasan mereka dirampas secara ganas apabila gajah ditembak dan pokok itu pula ditebang oleh sekumpulan pembalak dan pemburu haram.

Buku bergambar ini sangat sesuai dibaca oleh orang dewasa secara lantang bersama-sama dengan kanak-kanak.

Penceritaan akan menjadi lebih senorok jika dibaca dengan intonasi suara yang berbeza untuk menghidupkan pelbagai watak dalam cerita.

Luangkan masa untuk berbincang tentang ilustrasi serta perkara yang terjadi pada setiap muka surat.

Disebabkan akhir cerita yang tiada resolusi dan mungkin menimbulkan kesedihan mahupun kebimbangan kepada pembaca kanak-kanak, ibu bapa atau pendidik perlu membimbing mereka tentang iktibar cerita ini.

Berkongsilah dengan mereka tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan kelestarian bumi yang menghijau.

Pastikan kegiatan dan pengalaman membaca kanak-kanak harus berakhir dengan kebahagiaan dan meyakinkan mereka akan kemampuan bersama dalam menjadikan setiap harapan satu kejayaan.

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mendapatkan buku ini di perpustakaan NLB.

Tajuk Buku: Gajah Dan Pokok
Penulis: Jin Pyn Lee
Penerbit: Singapura: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), 2022.
Nombor Panggilan: J SING JIN
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan