ePustaka: Filem Melayu Yang Hilang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menurut penulis buku ini, Danial Aziz Ahmad, ada 90 buah filem Melayu yang sudah hilang, belum dijumpai atau disimpan oleh pelbagai pihak.
Ini berdasarkan usaha beliau mendokumentasikan sejarah perfileman Melayu sejak lebih 10 tahun lalu.
Satu kenyataan yang cukup menyedihkan terutama bagi para penggiat dan pencinta filem Melayu.
Dalam buku ini, penulis menyenaraikan hanya 40 buah filem sahaja yang diterbitkan antara 1934 dan 1972. Maklumat tentang baki 50 buah filem memerlukan kajian lanjut.
Setiap filem yang disenaraikan dalam buku setebal 180 halaman ini, disertakan dengan maklumat seperti judul filem, tahun diterbitkan, nama penerbit, pengarah, para pelakon dan juga ringkasan jalan cerita filem tersebut.
Dimuatkan juga gambar-gambar adegan dalam filem dan juga di belakang tabir selain poster dan keratan akhbar serta majalah yang berkaitan dengan filem-filem yang dibincangkan.
Beliau juga berkongsi maklumat tentang para individu yang ditemu bual yang turut berkongsi gambar-gambar daripada koleksi peribadi mereka untuk dikongsi bersama pembaca.
Bahan sumber lain yang digunakan oleh penulis untuk menyiapkan naskhah ini turut disenaraikan sekali.
Kehilangan filem-filem Melayu ini yang gagal diselamatkan oleh penerbitnya sendiri mahupun pihak berwajib merupakan satu pengajaran yang pahit.
Penulis menggesa agar kesilapan lampau tidak diulangi dan menyeru pihak berkepentingan mengambil langkah teratur dalam usaha mendokumentasikan, pengarkiban dan pemeliharaan filem-filem Melayu agar setaraf dengan usaha yang telah dijalankan di negara-negara jiran.
Satu perkara positif yang dapat digarap melalui usaha pendokumentasian adalah sebagai pencetus inspirasi kepada pembikin filem Melayu masa kini.
Sebagai contoh, terdapat rancangan untuk menerbitkan filem berjudul Sitora berdasarkan filem P. Ramlee ‘Sitora Harimau Jadian’ yang malangnya sudah hilang.
Diharapkan ada pembikin filem Melayu lain yang turut terdorong untuk menghasilkan karya baharu sebagai tanda hormat dan pengiktirafan kepada karya yang hilang.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Filem Melayu Yang Hilang
Penulis: Danial Aziz Ahmad
Penerbit: Kuala Lumpur: Danial Aziz Ahmad, 2022
Nombor Panggilan: 791.4309595 DAN – [ART]
Pengulas: Mazelan Anuar, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.