ePustaka: Filem Melayu Yang Hilang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Didorong perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang filem-filem Melayu yang telah hilang seperti Sitora Harimau Jadian, filem pertama arahan P. Ramlee selepas beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, penulis, Danial Aziz Ahmad, memulakan kaji selidik dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengannya.
Beliau mendapati puluhan filem Melayu lain turut mengalami nasib yang sama. Bahkan beliau menegaskan kehilangan ini ialah salah satu tragedi budaya paling dahsyat yang pernah berlaku di Malaysia.
Berdasarkan dapatannya, ada lebih kurang 90 judul filem yang dipercayai telah hilang. Namun, buku ini hanya menyenaraikan 40 judul sahaja yang boleh dianggap penting dalam perkembangan filem Melayu di Malaysia kerana memiliki sejarah menarik untuk pengetahuan pembaca.
Ini termasuk kerja seni ikon sinema Melayu seperti P. Ramlee, Huassain Haniff, M. Amin, A.R. Tompel dan Salleh Ghani yang dianggap signifikan dari aspek artistik dan sejarah tersendiri.
Menurut penulis, antara punca kehilangan sesebuah filem ialah Perang Dunia Kedua, kebakaran, banjir dan dibuang.
Filem-filem Melayu yang diterbitkan sebelum 1942 musnah disebabkan Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun turut menggunakan panggung wayang untuk menayangkan filem-filem propaganda bagi menyebarkan fahaman “Asia Untuk Orang Asia” dalam kalangan penduduk tempatan dan untuk merekrut Kempeitai.
Dua kejadian kebakaran di stor Malay Film Productions pada tahun 1950 dan 1964 meranapkan beratus ribu kaki filem.
Pada tahun 1966 pula, studio di Jalan Ampas dilanda banjir besar. Ini menyebabkan sebahagian daripada salinan filem terbitan studio itu rosak.
Ho Ah Loke, bekas pemilik studio Keris Film, pula telah membuang salinan asal filem-filem terbitan studio itu ke dalam sebuah lombong tinggal.
Pelbagai versi penyebab tindakannya. Antaranya, penjimatan kos penyimpanan filem-filem yang sudah tiada lagi tempat untuk ditayangkan di pawagam.
Versi lain dikhabarkan berkaitan hubungannya dengan Maria Menado.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bab yang mengandungi keterangan ringkas tentang filem-filem Melayu yang hilang pada tahun 1930-an, 40-an, 50-an, 60-an dan 70-an.
Bagi era 1930-an, satu filem yang didapati hilang ialah Leila Majnun (1934). Diarahkan B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India, ia telah ditayangkan buat kali pertama pada 24 Mac 1934 sempena Hari Raya Aidiladha.
Dalam iklan di akhbar, ia diuar-uarkan sebagai “Special treat for Hari Raya Haji”.
Pada tahun 1948, sebuah filem ngeri (thriller) pertama dalam sejarah perfileman Melayu, Pisau Beracun, pula ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Ia mengisahkan tentang penyiasatan tiga kes pembunuhan di mana pesalah akhirnya ditangkap di sebuah rumah tinggal yang dikatakan berhantu.
Sebelum itu, Shaw Brothers telah menerbitkan filem Melayu pertamanya, Mutiara, pada tahun 1940. Ia diarahkan oleh pasangan suami isteri, Hou Yao dan Wan Hoi-ling yang banyak mengarahkan filem-filem di Hong Kong.
Filem Bakti (1950) mengetengahkan P. Ramlee sebagai hero buat pertama kali dalam filem Melayu.
Bahkan, beliau telah menamakan anaknya “Nasir” sempena dengan watak yang dibawanya dalam filem tersebut.
Terlalu banyak maklumat bernilai tentang sejarah filem Melayu yang pembaca dapat raih daripada buku setebal 180 muka surat ini.
Tekunilah setiap satu filem dan dapatan yang dibicarakan penulis.
Ia bukan untuk meratapi warisan masyarakat Melayu yang hilang, tetapi memperlihatkan keunggulan sejarah perfileman kita yang luar biasa!
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Filem Melayu Yang Hilang
Penulis: Danial Aziz Ahmad
Penerbit: Kuala Lumpur: Danial Aziz Ahmad, 2022
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.