ePustaka: Farah Belajar Menjadi Berani: Daripada Kisah Nabi Musa A.S.
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sejarah merupakan wadah yang menampung pelbagai kisah dari zaman silam yang boleh dicedok untuk dijadikan inspirasi, pengajaran serta panduan demi menemukan jalan penyelesaian kepada pelbagai cabaran dan ujian hari ini.
Namun bagaimanakah kisah-kisah tersebut dapat disajikan kepada pembaca kanak-kanak dengan cara yang lebih bermakna dan berkesan tanpa berkhutbah supaya mereka dapat menghargai dan memanfaatkan kerelevanannya melalui pengalaman membaca yang menyeronokkan?
Mungkin inilah persoalan yang ingin diangkat oleh penulis buku bergambar Farah Belajar Menjadi Berani.
Ditulis oleh Anis Puteri dan diilustrasi oleh Nabilah M. Zaidi, ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Farah yang ingin menjadi berani dalam mencapai misi menjalankan jualan amal kek coklatnya.
Walaupun Farah pada mulanya diselubungi rasa gementar dan gemuruh, inspirasi daripada kisah Nabi Musa membuat beliau akhirnya berjaya mengatasi perasaan tersebut dan menyempurnakan misinya.
Buku bergambar ini sangat sesuai dibaca secara lantang bersama dengan anak-anak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Sesi penceritaan akan menjadi lebih senorok jika kisah ini dibaca dengan intonasi suara watak yang berbeza-beza.
Luangkan masa untuk berbual-bual bersama anak-anak tentang ilustrasi di setiap muka surat buku ini.
Penting juga untuk membicarakan bersama mereka tentang sifat berani, hal-hal yang membuat seseorang itu berasa gementar serta cara untuk mengatasinya demi memenuhi sebuah misi atau matlamat yang ingin dicapai.
Lungsurilah laman NLB Overdrive di https://nlb.overdrive.com untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam bahan bacaan digital ini.
Tajuk Buku: Farah Belajar Menjadi Berani: Daripada Kisah Nabi Musa A.S.
Penulis: Anis Puteri
Penerbit: Selangor: Little Iman, sebuah imprin Iman Publication, 2022.
Nombor Panggilan: J P Malay ANI
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.