ePustaka: Ellena, Momo & Buku Magis
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pernahkah anda memanjatkan hajat ketika melihat tahi bintang jatuh dari langit?
Bayangkan jika hajat itu benar-benar tercapai.
Begitulah yang terjadi kepada Ellena, seorang gadis kesepian yang mencari kebahagiaan. Hajat ini menjadi tiketnya ke dunia magis yang dihuni makhluk-makhluk dongeng seperti gergasi, naga dan duyung.
Selamat datang ke dunia pengembaraan luar biasa Ellena!
"Ellena, Momo & Buku Magis" merupakan sebuah karya yang pasti mengocak perasaan pembaca muda. Ia membuat mereka tertawa, berasa terharu, dan tidak sabar untuk terus menyelak halaman demi halaman untuk mengetahui perkembangan cerita.
Ellena sering diabaikan oleh ibu bapanya yang sibuk bekerja sepanjang hari. Ini menyebabkan dia selalu berasa kesunyian dan sedih.
Namun, kesunyian itu dapat diisikan dengan kehadiran kucing kesayangannya, Momo.
Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang aneh sewaktu ke kedai dengan Momo. Setelah membantu lelaki tua itu menyelamatkan bukunya yang jatuh ke longkang, Ellena dihadiahi buku tersebut yang mempunyai kuasa magis bersama sebatang tongkat sakti.
Kedua-dua objek ini dapat membawa Ellena dan Momo ke dunia magis.
Ellena dan kucing peliharaannya, Momo, meneroka dunia magis dengan penuh semangat. Penerokaan ini membawa mereka kepada penemuan yang tidak disangka-sangka.
Antaranya, mereka telah berjumpa dan menyelamatkan duyung bernama Tiara yang tersadai di pinggir laut dalam keadaan cedera. Rupa-rupanya, duyung ini merupakan seorang puteri yang kemudiannya membantu mereka dalam saat-saat cemas.
Ellena dan Momo juga sempat berteman dengan Encik Beruang dan Sang Pari-Pari yang ikut serta meneroka alam magis ini.
Namun, pengembaraan mereka tidak selalu diwarnai keindahan. Ellena dan Momo sedar bahawa alam magis ini penuh dengan cabaran. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka bertembung dengan naga, gergasi, garuda, dan pelbagai makhluk berbahaya lain.
Keadaan genting ini membuat pembaca tertanya-tanya bagaimanakah Ellena dan Momo boleh keluar dari dunia magis ini.
Unsur misteri turut menyelubungi identiti lelaki tua yang menghadiahkan buku magis dan tongkat sakti kepada mereka pada permulaan cerita ini.
Bacalah kisah Ellena dan Momo ini hingga tamat untuk merungkai segala persoalan tadi.
Secara keseluruhannya, buku ini merupakan satu kisah pengembaraan yang menggugah emosi pembaca dengan menawarkan perasaan bahagia hinggalah ketegangan yang berakhir dengan kelegaan semula. Ia turut mengajar kita tentang persahabatan, keberanian, dan kepentingan sikap tidak berputus asa dalam menghadapi sebarang cabaran.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Ellena, Momo & Buku Magis
Penulis: Anirulnasuha
Nombor Panggilan: ANI
Penerbit: Selangor: KASEH PRESS, 2023.
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.