ePustaka: Detektif Hantu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Jika anda meminati genre misteri dan pengembaraan, novel remaja ini menepati selera anda.
“Detektif Hantu” mengisahkan tentang Farhan, seorang pemain “Gaming” atau permainan digital berpengaruh yang berusaha untuk merungkai misteri gangguan pontianak di kampung neneknya.
Gabungan keberanian dan kebijaksanaannya dengan bantuan rakan-rakan sekolahnya berjaya membongkar sebuah kes jenayah yang berkaitan dengan kemunculan pontianak ini.
Ibu Farhan, Puan Sofia, perlu mendapatkan rawatan intensif bagi menyembuhkan penyakit misteri yang dialaminya. Sementara bapanya, Encik Halim, menguruskan keperluan ibunya, Farhan terpaksa tinggal dengan neneknya, Hajah Kamsiah, di Kampung Mata Tiga dan ditukarkan ke sekolah yang berhampiran rumah neneknya.
Pada malam pertama sahaja, Farhan diganggu hilaian pontianak. Keinginan untuk menjejaki dan melihat hantu ini telah menyatukannya dengan Akif, jiran sebelah rumah neneknya.
Dalam waktu singkat, mereka berjaya membuktikan pontianak yang mengganggu penduduk kampung merupakan manusia belaka!
Sementara itu, di luar sekolah mereka ada penjualan gula-gula yang sangat laris. Disebabkan para pembeli datang berulang kali, maka manisan yang dijual mendapat “penjenamaan” gula-gula dadah oleh Farhan kerana mengesyaki bahan yang dijual mengandungi ramuan terlarang itu. Menerusi bantuan Uncle Hamzah, jiran Farhan, yang merupakan seorang pegawai polis, ternyata yang disyaki terbukti benar.
Perpindahan tiga orang rakan baik Farhan, Zamir, Alif dan Muiz dari sekolah asalnya ke sekolah Farhan kini menyumbang kepada peningkatan usaha bersama mereka untuk menggali misteri ini. Apatah lagi, dengan kemahiran penggunaan teknologi, gerakan mereka lebih tersusun dan teliti.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang mereka mendapati penjual gula-gula di luar sekolah keluar dari hutan yang menyimpan pelbagai kisah ngeri.
Misteri pontianak palsu, penjualan gula-gula dadah dan kisah hutan yang “menelan” manusia menguatkan lagi keinginan Farhan untuk menyiasat secara terperinci tentang apa sebenarnya sedang berlaku di kampung neneknya.
Akif dan Farhan memasuki hutan untuk menjejak para penjahat. Apatah lagi kehilangan mendadak nenek Farhan dari rumahnya mungkin ada kaitan dengan motif negatif mereka.
Malangnya, usaha kedua-dua rakan ini dihidu para penjahat lalu ditangkap dan dikasari.
Apakah mereka berjaya membebaskan diri dan mendapatkan bantuan pihak berkuasa serta para penduduk kampung untuk menyelesaikan kes jenayah ini?
Bacalah novel yang menyajikan akhiran di luar dugaan ini, namun tetap menimbulkan keinsafan dalam kalangan pembaca remaja selain membuktikan peranan besar teknologi dalam usaha membasmi jenayah masa kini.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku-buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Detektif Hantu
Penulis: Sharina Elisa
Nombor Panggilan: Teen Malay SHA
Penerbit: Batu Caves, Selangor: Bookiut, 2022
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.