ePustaka: Cikgu, Bawalah Saya ke Syurga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ada yang beranggapan alam perguruan merupakan sebuah medan pertempuran yang kemudiannya berubah menjadi ladang subur mengeluarkan hasil yang memberikan manfaat kepada insan.
Mengapakah sebegitu mencabar tugas seorang guru? Pastinya, pengalaman mereka yang memaknakan perjuangan murni ini.
Himpunan pelbagai kisah pahit manis tujuh orang guru yang terakam di dalam buku ini mewakili jiwa kental mereka mendidik anak-anak kita.
“Halusinasi” menyentuh cabaran seorang guru membantu seorang pelajar yang gemar berhalusinasi dek tindakan bapanya yang bersifat terlalu garang dan agresif. Perlakuan si bapa ditiru anaknya di sekolah. Tekanan yang dialami pelajar ini juga menyebabkannya terlibat dalam masalah disiplin.
Aduan palsu tentang dirinya dipukul guru mengakibatkan bapanya mengamuk di sekolah.
Namun, sang guru berserta pihak sekolahnya tabah membentuk peribadi pelajar ini. Ternyata seorang guru perlu dilengkapi dengan kemahiran memahami psikologi pelajar bahkan menghadapi karenah ibu bapa mereka yang bermasalah juga.
Sebagai guru, apakah yang akan anda lakukan apabila menerima panggilan telefon pada pukul 2.00 pagi dan mendapat khabar seorang anak murid perempuan berusia 12 tahun belum pulang ke rumah lagi?
Gurunya segera meronda kawasan perumahan sehingga pukul 4.00 pagi seorang diri. Tatkala ditemui, sifat pelajar ini berbeza sekali.
Bertudung tiada, bersolek aneh walhal beliau dikenali sebagai seorang yang berakhlak baik sekali.
Puncanya, si anak ini mangsa buli kakak sendiri dan ibunya tidak pernah mempercayai sebarang aduan dan keluhan anak yang teraniaya ini.
Kisah “Aku yang Terbuang” ini menyingkap pengorbanan guru yang sentiasa bersedia bertindak di luar skop tugas harian demi kemaslahatan anak didik yang disayangi.
Ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak bukan perkara baharu. Kesempatan untuk mendapatkan bantuan kewangan mungkin dimanfaatkan untuk memenuhi kepentingan songsang peribadi. Bukan untuk kebajikan si anak yang benar-benar memerlukan.
“Orang Tuaku Penagih Tegar” mengisahkan nasib dua orang pelajar yang sering kelaparan kerana diabaikan kedua-dua ibu bapa mereka yang merupakan penagih tegar.
Bayangkan, makanan mereka termasuk sisa yang dikutip dari tong sampah!
Guru dan pihak sekolah segera bertindak sehingga para pelajar ini diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kisah ini mengangkat peranan guru sebagai penjaga kebajikan dan penegak keadilan bagi pelajar.
Kemiskinan hidup dan tidak memiliki kepandaian dalam pelajaran bukanlah bermakna seseorang pelajar harus diabaikan.
Peranan guru untuk sentiasa mengawasi perkembangan seharian mereka amat penting. Dalam “Kenangan Meruntun Air Mata”, kasih sayang seorang murid kepada sang guru membuatkannya sanggup menggadaikan nyawa demi mendapatkan hadiah Hari Guru untuknya.
Bacalah banyak lagi kisah yang terdapat di dalam buku istimewa ini. Kisah menguruskan pelajar berkeperluan khas, pengalaman lucu, sedih dan menyeramkan bersama mereka, semuanya umpama rencah yang menjadikan guru seorang pendidik.
Menariknya, seperti apa yang dinyatakan dalam kisah “Cikgu, Bawalah Saya ke Syurga”, para pelajarlah yang sebenar-benarnya mengajar guru tentang erti kehidupan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.