Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Buku ini kongsi cara atasi masalah gugup; pertingkat keyakinan diri

Kemahiran bertutur di hadapan sesebuah khalayak merupakan sesuatu yang tidak mudah dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Buku ini kongsi cara atasi masalah gugup; pertingkat keyakinan diri

Gambar: NLB

Diterbitkan : 03 Sep 2022 08:37PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 08:38PM
BERITAmediacorp: Kemahiran bertutur di hadapan sesebuah khalayak merupakan sesuatu yang tidak mudah dilaksanakan.

Apatah lagi jika ia dilakukan di atas pentas dan berkaitan pula dengan keperluan semasa seperti pencarian rezeki, pembelajaran mahupun pengendalian acara hiburan dan seumpamanya.

Apakah antara “gangguan” yang sering dialami mereka yang perlu menggalas tugas sebegini?

Seperti yang tertera pada tajuk buku kecil ini, yang mudah dibawa ke mana-mana, kegugupan merupakan faktor yang perlu diatasi setiap pengucap ketika “beraksi” di pentas.

Penulis buku ini, Budiman Mohd Zohdi, yang mempunyai puluhan tahun pengalaman sebagai pendebat, pemidato, ahli politik, jurulatih kursus dan wakil rakyat bergabung dengan Azmi Ismail untuk membantu para pembaca mengatasi kegugupan menerusi pembentangan pelbagai panduan yang disusun secara sistematik menerusi lapan bab.

Bab-bab ini menyentuh perihal punca, petanda dan cara mengatasi gugup selain memberikan sepuluh panduan untuk membina keyakinan di pentas, penghasilan suara, vokal dalam pengucapan dan senaman serta latihan suara.

Di bahagian akhir buku ini, disediakan satu petak asas untuk menguruskan kegugupan yang membantu pengucap membuat persiapan semenjak tiga hari sebelum acara hinggalah ia selesai dengan sempurna.

Sebelum memulakan pengamatan buku panduan ini, pembaca dianjurkan untuk menjawab 84 soalan soal selidik The Personal Report of Public Speaking Anxiety Scale (PRPSA) yang dihasilkan oleh Mc-Croskey (2013) sebagai pengukur ketakutan individu berucap di khalayak ramai.

Ia boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terkandung dalam bab pertama. Keputusan soal selidik ini boleh digunakan oleh pembaca untuk memperbaiki kemahiran dan keyakinan diri.

Ringkasnya, seperti yang dicatatkan Datuk Aznil Haji Nawawi@Pak Nil sebagai pembuka kata, buku ini bermanfaat dalam mempercepatkan proses taklukan keyakinan dengan menghapuskan kuasa gugup daripada menjadi penghalang kita menawan pentas dan gelanggang bersuara.

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Urus Gugup: Yakin di Pentas
Penulis: Budiman Mohd. Zohdi, Azmi Ismail
Penerbit: Kuala Lumpur : Yayasan Harapan Budi, 2019
Nombor Panggilan: Malay 808.51 BUD
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa