ePustaka: Buku bergambar ini perkukuh sosio-emosi kanak-kanak

(Gambar: NLB)
BERITAmediacorp: Pembelajaran sosio-emosi merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Ia mengembangkan keterampilan, sikap, serta nilai-nilai yang diperlukan untuk memperolehi kecekapan sosial dan emosional seorang kanak-kanak dalam berinteraksi dengan dirinya, orang lain dan juga lingkungan sekitarnya.
Selanjutnya, perkembangan sosio-emosi yang baik akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kognitif, sosial dan juga emosional.
Kanak-kanak tersebut juga akan dapat menyesuaikan dirinya dengan kelompok teman sebaya mahupun lingkungan masyarakat sekitarnya.
Berikut kami kongsikan beberapa tajuk daripada koleksi buku-buku bergambar yang berteraskan tema pembelajaran sosio-emosi.
Kesemuanya boleh didapatkan dan dipinjam daripada perpustakaan awam berdekatan anda.
Tajuk: Saranan Bacaan Kanak-kanak Berteraskan Pembelajaran Sosioemosi
Penyumbang: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.