ePustaka: Blue Lock #1
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apakah yang berlaku apabila bola sepak, sukan yang biasanya melambangkan semangat berpasukan, dijadikan medan untuk menguji keegoan?
Itulah idea yang menjadi teras “Blue Lock #1”, karya penulis Muneyuki Kaneshiro dan pelukis Yusuke Nomura.
Diterbitkan kali pertama di Jepun pada tahun 2018 melalui majalah “Weekly Shōnen Magazine”, siri ini pantas mencetuskan fenomena kerana keberanian kisahnya mencabar pandangan tradisional terhadap sukan paling popular di dunia. Kini, kita boleh menikmatinya dalam versi terjemahan yang mengekalkan semangat asalnya.
Selepas kekalahan besar Jepun dalam Piala Dunia FIFA 2018, Persatuan Bola sepak Jepun membuat keputusan drastik untuk membentuk penyerang paling hebat di dunia. Mereka mengumpulkan 300 penyerang muda dalam kemudahan latihan tertutup bernama Blue Lock.
Mereka dilatih bukan untuk membina pasukan impian, tetapi untuk melahirkan seorang penyerang yang mampu membawa Jepun ke puncak dunia.
Di sinilah kita berkenalan dengan Yoichi Isagi, pemain yang dahulunya percaya kepada kerjasama, namun kini dipaksa mempersoalkan semula makna kemenangan dan harga sebenar sebuah impian.
Burmula dari bab pertama lagi, “Blue Lock” membawa pembaca masuk ke dunia bola sepak yang sukar dan penuh persaingan. Jurulatih Jinpachi Ego menolak idea bahawa bola sepak ialah tentang kerjasama. Baginya, penyerang sejati mesti berani mementingkan diri sendiri kerana hanya mereka yang mempunyai keinginan paling kuat untuk menjaringkan gol layak digelar juara.
Babak permainan “tag” dalam bab kedua menjadi lambang utama kepada idea ini. Hanya mereka yang berani dan sanggup menyingkir pesaing boleh kekal dalam program tersebut.
Watak Kira, yang sebelum ini disanjung sebagai pemain mulia, akhirnya menunjukkan sisi gelapnya apabila ditewaskan. Amarah dan ejekannya terhadap mereka yang dianggap lebih lemah menimbulkan persoalan sama ada sifat baiknya selama ini tulus atau sekadar topengan belaka.
Namun di sebalik falsafah ego dan persaingan yang kejam, manga (komik khas Jepun) ini turut mengajak pembaca muda merenung nilai keazaman, ketahanan mental dan harga sebenar sebuah impian.
Lukisan Yusuke Nomura yang bertenaga menambahkan keamatan setiap adegan, daripada riak wajah pemain hingga ke detik-detik tegang di padang.
“Blue Lock #1” bukan sekadar manga bola sepak, tetapi juga cerminan dunia sukan yang menuntut keberanian, keazaman dan keyakinan diri untuk berjaya. Ia mencabar nilai moral tentang kerjasama dan pengorbanan, sambil mengingatkan pembaca bahawa sedikit sifat mementingkan diri mungkin diperlukan untuk mencapai kehebatan yang diiktiraf.
Bagi pembaca muda yang gemarkan cabaran, meredah ribut emosi dan persaingan sengit, jilid pertama ini menjanjikan pengalaman yang mengujakan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Blue Lock #1
Penulis: Muneyuki Kaneshiro
Nombor Panggilan: Teen 741.5952 KAN [CMX]
Penerbit: Kuala Lumpur: Kadokawa Gempak Starz, 2025
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.