ePustaka: ‘Berikan Kami Kasih Sayang’ sarat dengan tema kembangkan pemikiran kritis
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak memiliki tempat yang sangat istimewa dalam bidang penulisan dan penerbitan kerana pembacanya yang bukan hanya terdiri daripada golongan kanak-kanak, bahkan mereka yang dewasa juga.
Malah, sastera kanak-kanak yang baik akan dibaca dan dinikmati oleh setiap lapisan usia.
Antologi cerpen kanak-kanak Berikan Kami Kasih Sayang boleh kita golongkan dalam genre sastera tersebut.
Diterbitkan pada tahun 2021 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), buku ini mengandungi lima belas buah cerpen karya sekumpulan pendidik.
Pembaca disajikan dengan pelbagai kisah menarik bersandarkan kasih sayang yang didambakan kanak-kanak.
Ini termasuk kisah seorang anak kecil yang menjadi pendiam dan penakut disebabkan gurunya yang garang, kisah seorang ibu yang bertekad untuk memastikan anak-anaknya tidak menghadapi nasib buruk yang pernah dialaminya, serta kisah perjuangan seorang bapa yang bekerja keras sebagai pemotong rumput demi mendapatkan wang tambahan bagi memenuhi permintaan anaknya unuk menyertai sebuah program di sekolah.
Cerpen-cerpen yang dimuatkan sarat dengan tema-tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan kasih dan sayang, khususnya kasih sayang yang diharapkan oleh kanak-kanak. Ini termasuk kasih sayang antara anak dengan ibu bapa, antara murid dengan guru, serta kasih sayang dalam persahabatan.
Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg, untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.
Tajuk Buku: Berikan Kami Kasih Sayang
Penulis: Rozninah Abd. Azib (Editor)
Penerbit: Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2021.
Nombor Panggilan: J BER
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.