ePustaka: Berani Menjadi Aku
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: “Jadilah diri kamu sendiri!”
Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Ia semacam pegangan hidup yang mengiktiraf hak seseorang untuk memiliki keperibadian tersendiri, bangga dengannya dan tiada sesiapa boleh menilai apatah lagi merubahnya.
Hakikatnya, setiap insan berhak berperibadi tersendiri. Tidak perlu menuruti apa pun mahupun sesiapa pun.
Namun begitu, seperti setiap barangan yang kita miliki, ia berfungsi sempurna dan terbaik dengan menuruti manual yang telah ditetapkan. Begitu juga manusia, yang kehidupannya wajib dijalani berpandukan “syarat” khususnya, pegangan agama.
Dalam erti kata lain, kita boleh menjadi diri sendiri selagi tidak melanggar batas-batas “syarat” yang ditetapkan. Ini bukanlah satu perjuangan yang mudah namun dengan keyakinan, ketabahan dan kesungguhan, kemustahilan pasti menjadi kenyataan.
Buku yang menghimpunkan kisah-kisah benar penulis selain pesanan-pesanan ringkas ini dapat membantu pembaca membina prinsip hidup dan jati diri.
Menariknya, kisah-kisah yang dihidangkan disampaikan dalam bentuk cereka.
Antaranya, “Pengantin Tak Jadi” yang menyentuh tentang pentingnya bersikap jujur. Tindakan Sarina menipu emaknya untuk berkhemah dengan teman-temannya menerima akibat buruk. Beliau dan teman-temannya ditahan pihak berkuasa yang mengancam untuk mengenakan tiga dakwaan terhadap mereka.
Keinginan untuk bebas berseronok tidak seharusnya mengorbankan kepercayaan ibu bapa pada kita.
“Malang yang Berbau” mengajak pembaca menelusuri pengalaman Nor bekerja sebagai pelayan di kafeteria sebuah kelab golf. Walaupun Nor terdesak untuk bekerja demi mencari rezeki, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatannya apabila mengetahui tempat kerjanya bergelumang dengan perkara-perkara yang dilarang agama.
Tindakannya itu telah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa keruntuhan moral dan kehilangan maruah diri.
Bahkan, penulis turut berkongsi peringatan bahawa “Hidup ini berkisar tentang soal pilihan. Buruk atau baik yang terjadi sering kali terhasil daripada pilihan kita sendiri. Ada kesilapan yang terhasil kerana jahil. Ada juga kerana degil.”
Jadilah insan yang mencintai ahli keluarga. Junjunglah pengorbanan dan kasih sayang mereka pada kita. Kisah hubungan adik-beradik Norli dan adiknya, Norhidayah, dalam “Pelukan Terakhir” menyayat hati.
Kematian Norhidayah akibat barah otak, menginsafkan Norli untuk menghargai ahli keluarga setiap masa, sesibuk manapun kita.
Bagi mengakhiri ulasan ringkas ini, dakapilah satu lagi pesanan penulis buku motivasi ini, “Hidup, kalaupun jahil, biar masih boleh dilentur oleh pengetahuan. Kalau pun degil, biar masih boleh ditegur oleh pengalaman. Namun hidup kalau sudah menjunjung ego, pasti berakhir dengan penyesalan!”
Teruslah menghayati lebih daripada 40 bab pengisian kisah dan pesanan menyentuh jiwa yang terhimpun di dalam buku ini.
Sebilangan besar pasti dapat membantu anda membina peribadi dan jati diri.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Berani Menjadi Aku
Penulis: Bonda Nor
Nombor Panggilan: Adults Malay 158.1 BON
Penerbit: [Malaysia]: Bonda Nor Sdn. Bhd., 2022
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.