ePustaka: Bencana Di Bandar Tekneu
Apakah yang akan terjadi jika teknologi yang memudahkan kehidupan kita tiba-tiba menjadi punca kekacauan? Persoalan inilah yang diteroka dalam “Bencana Di Bandar Tekneu”, karya penulis tempatan Farihan Bahron yang diterbitkan Unggun Creative.
Bencana Di Bandar Tekneu” karya penulis tempatan Farihan Bahron diterbitkan oleh Unggun Creative pada 2026. (Gambar: NLB)
- Disaster in Tekneu City by Farihan Bahron, published by Unggun Creative in 2026, invites children aged 10 to 12 to assess a world increasingly driven by technology and AI.
- The story follows three friends in Tekneu City who use coding and engineering to trace the source of the chaos and restore disrupted systems.
- The review highlights the risks of relying too heavily on technology, while showing the importance of encouragement from family, the environment and early education in nurturing interests such as Azlan's ambition.
- The book also highlights teamwork, problem-solving and safe simulation to manage AI responsibly; borrowing information is available through the NLB catalogue.
- “Bencana Di Bandar Tekneu” karya Farihan Bahron, diterbitkan Unggun Creative pada 2026, mengajak kanak-kanak 10 hingga 12 tahun menilai dunia yang semakin dipacu teknologi dan AI.
- Ceritanya mengikuti tiga sahabat di Bandar Tekneu yang menggunakan pengekodan dan kejuruteraan untuk mengesan punca kekacauan serta memulihkan sistem yang terganggu.
- Ulasan menekankan risiko terlalu bergantung kepada teknologi, sambil menunjukkan pentingnya galakan keluarga, persekitaran dan pendidikan awal untuk memupuk minat seperti cita-cita Azlan.
- Buku ini turut menonjolkan kerjasama, penyelesaian masalah dan simulasi selamat bagi mengurus AI secara bertanggungjawab; maklumat pinjaman tersedia melalui katalog NLB.
Persoalan inilah yang diteroka dalam “Bencana Di Bandar Tekneu”, karya penulis tempatan Farihan Bahron yang diterbitkan Unggun Creative.
Dengan jalan cerita yang ringkas tetapi sarat dengan pengajaran, buku untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun ini mengajak pembaca membayangkan kehidupan dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Kisah bermula apabila dunia berteknologi tinggi yang didiami tiga sahabat baik tiba-tiba menjadi kacau-bilau.
Dalam usaha merungkai puncanya, mereka perlu menggunakan kemahiran pengekodan dan kejuruteraan untuk menggodam sebuah rangkaian dan memulihkan keadaan.
Pengembaraan mereka mendedahkan bahawa di sebalik segala kemudahan teknologi, ia juga membawa risiko apabila manusia terlalu bergantung kepadanya.
Sistem boleh mengalami kerosakan, digodam atau bahkan dikuasai AI sehingga menjejaskan kehidupan manusia.
Kanak-kanak secara tidak langsung didorong turut memahami cara teknologi berfungsi dan bukan sekadar menjadi pengguna.
Menariknya, buku ini turut menunjukkan bagaimana minat dan kemahiran dalam bidang teknologi boleh dipupuk sejak kecil lagi.
Kehidupan di bandar bijak mendorong Azlan untuk mengikuti jejak bapanya sebagai jurutera kemampanan.
Beliau juga merancang untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Sains dan Teknologi Singapura sebagai langkah awal untuk mencapai cita-citanya.
Kisah Azlan mengingatkan kita bahawa keluarga dan persekitaran memainkan peranan penting dalam menyemai minat kanak-kanak untuk menguasai bidang tertentu.
Pendedahan yang wajar, galakan dan sokongan sumber pengayaan ilmu pengetahuan dapat membantu mereka meneroka minat serta membina keyakinan untuk mengejar impian.
Namun, menguasai teknologi sahaja tidak mencukupi.
Setelah menemui punca kekacauan, tiga sahabat ini membina persekitaran simulasi agar AI dapat meneroka pelbagai kemungkinan tanpa menjejaskan dunia sebenar.
Sekali gus, pembaca akur kepada kepentingan menguji dan mengurus teknologi dengan bertanggungjawab.
Pada waktu yang sama, ia juga menimbulkan satu persoalan yang semakin relevan: bagaimanakah kita boleh memanfaatkan AI tanpa membiarkannya menguasai kehidupan kita?
Karya ini bukan sekadar paparan sebuah pengembaraan dalam dunia futuristik. Para pembaca diperlihatkan bagaimana “kekacauan” teknologi turut melatih kanak-kanak memiliki kemahiran menyelesaikan masalah menerusi amalan bekerjasama dan sikap bijaksana.
Selain itu, mereka juga mampu menjadi pencipta dan pembentuk teknologi masa depan yang berguna.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Bencana Di Bandar Tekneu
Penulis: Farihan Bahron
Penerbit: Singapura: Unggun Creative, 2026.
Nombor Panggilan: J SING FAR
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.