ePustaka: Bahana e-Waste: Topik: Alam Sekitar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Siri X-VENTURE “Eksplorasi Ekstrem 47: Bahana e-Waste” membawa pembaca menyertai satu pengembaraan penuh misteri yang turut membentangkan fakta-fakta menarik dan mesej penting tentang penjagaan alam sekitar.
Kisah kali ini, Remy, Shah, Jumbo, dan robot kecil mereka, Si Kecil, dihantar untuk menyiasat kehilangan dua individu penting iaitu Dr Lyman Wood dari Doktor Tanpa Sempadan dan aktivis alam sekitar, Encik Peter Kelvin. Mereka telah hilang selama sepuluh hari, dan pasukan dari X-Central perlu menemukan mereka sebelum terlambat.
Pengembaraan mereka membawa pembaca ke sebuah kawasan setinggan yang berdepan pelbagai cabaran. Selain kemiskinan, penduduk di situ mengalami masalah kesihatan yang serius. Loji kitar semula e-sisa yang terletak berhampiran menjadi punca utama pencemaran di kawasan kediaman itu sehingga menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan ibu-ibu hamil di sana.
Komik ini juga menyentuh isu buruh kanak-kanak menerusi pendekatan yang sesuai untuk pembaca muda. Ia menunjukkan bagaimana sebahagian kanak-kanak terpaksa bekerja di loji kitar semula e-sisa dalam keadaan tidak selamat dan terdedah kepada bahan kimia berbahaya. Sekali gus memberikan peringatan kepada pembaca tentang kepentingan melindungi hak dan kesejahteraan setiap kanak-kanak.
Di sinilah juga pembaca diperkenalkan kepada Marty, seorang budak penghuni setinggan yang mencuri telefon bimbit Shah.
Kejadian ini menyebabkan hubungan awal Remy dan Marty agak tegang kerana masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Keadaan mula berubah apabila Pak Cik Dee, seorang pekerja lama di loji itu, muncul dan mengembalikan telefon yang dicuri Marty kepada Remy.
Dengan bantuan Pak Cik Dee, kedua-duanya akhirnya belajar untuk bekerjasama.
Dua kumpulan ini, pimpinan Remy dan Marty, segera berusaha untuk menghentikan rancangan seorang usahawan jahat yang mahu membalas dendam terhadap kematian keluarganya yang pernah bekerja di loji itu.
Tindakan nekadnya meletakkan nyawa, kesihatan dan keselamatan penduduk di sekeliling loji dalam bahaya!
Salah satu kekuatan utama komik ini adalah kemampuannya menyampaikan fakta saintifik dengan cara yang mudah difahami. Pembaca diperkenalkan kepada konsep e-sisa, punca peningkatan kes yang berlaku, cara pengurusannya, dan kesan buruknya terhadap alam sekitar.
Selain itu, komik ini juga membincangkan peranan pemerintah, undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Basel, serta individu dalam usaha mengurangkan e-sisa. Semua ini disampaikan menggunakan ilustrasi yang menarik dan bahasa yang mudah, menjadikan pembelajaran tentang topik ini lebih menyeronokkan.
Walaupun isu yang diketengahkan serius, komik ini tetap menghiburkan dengan paparan gaya visual yang dinamik dan dialog yang mudah diikuti. Ia menggalakkan pembaca untuk berfikir secara kritis mengenai hubungan antara teknologi, alam sekitar dan tanggungjawab kita sebagai penjaga Bumi tercinta.
Golongan pendidik dan para ibu bapa juga boleh memanfaatkan komik ini untuk memulakan perbincangan tentang penjagaan alam sekitar dengan anak-anak mereka.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Bahana e-Waste: Topik: Alam Sekitar
Penulis: Jeffrey Ng
Nombor Panggilan: JUNIOR XVE
Penerbit: Kuala Lumpur: Kadokawa Gempak Starz, 2025.
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.