ePustaka: ‘Apakah Itu? Di Pantai’
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: ‘Buku Apakah Itu? Di Pantai’ merupakan bahan bacaan yang sangat sesuai dengan profil kanak-kanak zaman sekarang yang memerlukan rangsangan untuk membaca dan meningkatkan penguasaan bahasa mereka.
Buku ini mengandungi ciri-ciri interaktif yang menjadikan aktiviti membaca lebih seronok.
Sambil membaca, kanak-kanak juga mempelajari beberapa aspek bahasa tanpa mereka sedari.
Buku kanak-kanak lazimnya bersifat pasif dan bergantung kepada cara pencerita menghidupkan jalan ceritanya. Buku ini mempunyai ciri-ciri tambahan yang memerlukan pelibatan kanak-kanak agar cerita dapat dilanjutkan.
Contohnya, penulis menyertakan aktiviti mencari ikan dengan menggunakan pembayang atau petunjuk yang diberikan. Berbekalkan maklumat ini dan garisan-garisan berselirat yang disertakan, kanak-kanak boleh menggunakan jari-jemari mereka untuk mencari ikan yang dimaksudkan.
Aktiviti yang dinamakan ‘tracing’ ini sebenarnya bermanfaat untuk kanak-kanak kecil kerana aktiviti tersebut membina banyak kemahiran dalam diri mereka. Antaranya adalah kemahiran motor halus, kemahiran pramenulis dan melukis, serta memperkasakan daya penumpuan kanak-kanak.
Kemahiran-kemahiran ini amat penting untuk dipupuk dan diperhalusi demi perkembangan mereka.
Selain kemampuan buku ini untuk membantu pembinaan pelbagai kemahiran, ia juga dapat membantu penguasaan bahasa kanak-kanak.
Penulis memperkenalkan banyak kosa kata baru seperti nama-nama haiwan laut dan objek-objek yang sering kali ditemui di pantai.
Perkataan-perkataan ini juga digandingkan dengan kata-kata adjektif yang memberi kanak-kanak gambaran tentang sifat sesuatu objek.
Misalnya, tapak Sulaiman disifatkan sebagai mempunyai kulit yang keras dan kasar. Ombak laut pula disifatkan sebagai air laut yang bergelombang dan bergulung-gulung.
Secara tidak langsung, membaca dapat memperluaskan kosa kata kanak-kanak dan memperkukuhkan kemahiran naratif mereka.
Perkataan-perkataan baru yang dipelajari dapat membina keyakinan mereka dalam percakapan.
Kemahiran naratif ini dapat diperkukuhkan lagi jika ibu bapa dan anak-anak memanfaatkan ilustrasi di setiap muka surat. Ibu bapa boleh mendapatkan anak-anak untuk bercerita tentang watak-watak atau objek di dalam gambar yang tidak disebutkan dalam teks.
Contohnya, mereka boleh berbual tentang seorang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana aiskrim yang dipegangnya terjatuh. Perbualan antara ibu bapa dan anak boleh menyentuh tentang perasaaan kanak-kanak itu dan perkara yang boleh dilakukan oleh orang yang lalu di situ untuk membantunya.
Ternyata, buku ini boleh dianggap sebagai satu pakej bahan bacaan yang menyeluruh kerana ia mengandungi cerita dan aktiviti-aktiviti untuk dinikmati bersama.
Setiap kanak-kanak yang membaca buku ini pasti tertarik dan berminat untuk membacanya berkali-kali.
Tajuk Buku: Apakah Itu? Di Pantai
Penulis: Fadhilah Muhamad
Nombor Panggilan: J SING FAD
Penerbit: Singapore: Poppet, 2021.
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.