ePustaka: Apakah Itu? Di Ladang Haiwan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
SINGAPURA: Adakah anda mencari bahan bacaan yang memperkayakan pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak prasekolah hingga darjah rendah tentang ladang haiwan?
Jika ya, buku bergambar “Apakah Itu? Di Ladang Haiwan” merupakan pilihan pustakawan yang disarankan untuk anda!
Karya Fadhilah Muhamad ini memiliki ciri-ciri buku bergambar bermutu. Paling menonjol ialah jalan ceritanya dihidupkan dengan pelbagai elemen interaktif yang menjadikan pengalaman membaca segar dan menyeronokkan.
Kisah kunjungan Ahnaf bersama kedua-dua ibu bapanya ke ladang bermula dengan beliau perlu mencari pintu gerbang masuknya. Ini dilakukan menerusi permainan pagar sesat. Di sinilah elemen interaktif bermula. Penulis langsung melibatkan pembaca meneroka ladang ini bersama.
Elemen pembelajaran matematik dan sains juga diwujudkan dalam cerita ini. Pembaca diajak mengira bilangan haiwan selain itik di kolam. Menariknya, cabaran yang diajukan berlapis kerana pembaca perlu terlebih dahulu mengenali itik menerusi ciri-ciri fizikalnya sebelum dapat mengenal pasti haiwan lain.
Pendekatan yang hampir sama berlaku ketika Ahnaf mengunjungi kolam yang dipenuhi katak. Selain menerangkan tentang ciri-ciri haiwan amfibia ini, pembaca juga diajak berfikir tentang perbuatan katak menjulurkan lidah dengan mengira bilangan haiwan ini yang melakukannya.
Unsur bunyi-bunyian turut diterapkan dalam pengkaryaan. “Kuak!” dan “Embek!” ialah suara yang “meraikan” kunjungan Ahnaf ke kolam katak dan kandang kambing.
Pendekatan ini mengajak pembaca menghidupkan suasana penceritaan.
Sentuhan ilustrasi Tasya Nabiella dan Suci Amanda memainkan peranan besar menjadikan naskhah ini memenuhi tujuan sebagai bahan cerita dan ilmu pengetahuan.
Kesemua ilustrasi dalam buku ini menjelaskan haiwan dan objek yang diketengahkan dengan nyata. Sekali gus memaknakan tulisan penulisnya. Contohnya, kaki itik yang berselaput, katak yang menjulurkan lidah, topi berjaring dan sarang lebah berbentuk heksagon.
Ringkasnya, dalam setiap bahagian ladang yang didiami haiwan atau serangga berbeza yang dilihat oleh Ahnaf, pembaca perlu melakukan kegiatan yang pelbagai.
Contohnya, mereka perlu mengira, mencari, mengenal pasti perbezaan tertentu dan menyelesaikan permainan pagar sesat.
Buku ini juga memperkayakan kosa kata pembaca. Selain memperkenalkan pelbagai haiwan di ladang dan ciri-cirinya, pembelajaran tentang kata adjektif ketara.
Contohnya, comel, gebu, cetek, kecil, licin, bertanduk, lemak, sedap, besar, istimewa, berani dan heksagon.
Penulis turut memuatkan senarai benda yang dilihat di ladang haiwan di bahagian akhir buku ini. Selain itu, tersenarai juga lima soalan untuk perbincangan lanjutan yang dapat dilakukan antara golongan dewasa dan kanak-kanak.
Sebagai rumusan, buku ini memang sesuai dijadikan sumber pembacaan dan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah hingga ke peringkat darjah rendah.
Ia juga baik dijadikan bahan rujukan untuk penghasilan buku bersifat ilmiah yang interaktif dan menyeronokkan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Apakah Itu?: Di Ladang Haiwan
Penulis: Fadhilah Muhamad
Penerbit: Singapura: Poppet, 2022
Nombor Panggilan: J SING FAD
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.