Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Antologi cerpen ini sesuai pertingkat minat membaca & kemahiran menulis pelajar

Bahan sastera kanak-kanak yang baik dapat mempertingkatkan minat membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan para pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Bahan sastera kanak-kanak yang baik dapat mempertingkatkan minat membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan para pelajar.

Antologi cerpen ini merupakan salah satu saranan bacaan yang sesuai untuk mereka yang sedang menuntut di peringkat sekolah rendah atas.

16 cerpen terpilih dalam antologi ini mengetengahkan pelbagai pengalaman hidup pelajar seusia dengan khalayak sasar.

Antara cerpen yang menyentuh emosi pembaca ialah “Ubat Durjana” di mana seorang pelajar berusia 10 tahun terpaksa menjaga kebajikan ibunya yang sakit serius setelah kematian ayahnya. Bayangkanlah derita beliau yang hanya minum air paip sepanjang berada di sekolah semata-mata untuk berjimat demi mencukupkan belanja merawat ibunya selain menyediakan makanan seharian mereka.

Walaupun kehidupan kelamnya bertambah cerah dengan bantuan yang diberikan gurunya, penyakit ibunya dan punca penderitaan beliau pasti meresahkan pembaca.

Bacalah cerpen ini untuk mengetahui suatu kebenaran yang ada ketika sukar ditelan.

Cerpen “Azam Razali” baik untuk ditekuni pelajar yang memerlukan dorongan untuk lebih gigih dan berdisiplin ketika belajar. Razali yang membuat helah untuk ponteng sekolah kerana “ketagih” melayari internet dan bermain permainan video diinsafkan sebuah mimpi beliau menyaksikan kanak-kanak seusianya merana kehidupan mereka kerana tinggal di sebuah wilayah yang dilanda peperangan.

Beliau melihat sendiri bagaimana dalam suasana perang ramai kanak-kanak masih berpusu-pusu ke sekolah dan menuntut ilmu dalam keadaan yang sangat daif sekali.

Mimpi ngeri itu menyedarkannya akan nikmat tinggal di negara yang aman.

Sepatutnya, beliau menghargai kehidupan bahagia ini dan lebih rajin belajar, lebih sabar dan tabah ketika menuntut ilmu.

Nikmatilah kesemua 16 buah cerpen yang terkandung dalam antologi yang dihasilkan oleh 8 orang penulis ahli kumpulan Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-Kanak (MMSK) ini.

Lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Impiannya Termakbul: Antologi Cerpen Kanak-Kanak
Penyelenggara: Hamidi Md Yudin
Penerbit: Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd., 2020.
Nombor Panggilan: J Malay IMP
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan