Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Alegori Rumah Api' selit kritikan sosial untuk bangkitkan kesedaran

Buku ini menghimpunkan 39 kisah pelbagai genre yang mengetengahkan kritikan sosial yang diselaputi humor, membuatnya mudah untuk dibaca dan difahami.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Buku ini menghimpunkan 39 kisah pelbagai genre yang mengetengahkan kritikan sosial yang diselaputi humor, membuatnya mudah untuk dibaca dan difahami.

Ia dihasilkan berdasarkan pengalaman hidup penulisnya, Mathluthfi, selain beberapa kisah lain yang turut disumbang oleh ibu dan isterinya.

Kisah yang bertajuk Kain Mahal merupakan antara kisah kegemaran saya di dalam buku ini. Ia menceritakan tentang pasangan Nurul dan Zairul yang mahu berkahwin. Rancangan mereka sering tergendala kerana terpaksa menuruti keputusan ibu Nurul yang selalu menekankan bahawa majlis perkahwinan berlaku “sekali je seumur hidup”.

Oleh kerana itu, Nurul terpaksa melakukan dua tiga pekerjaan bagi memastikan beliau mampu menyara kos majlis perkahwinan yang tinggi dek menuruti kemahuan ibunya.

Kisah ini sememangnya cerminan kehidupan kita kini. Budaya negatif suka menunjuk-nunjuk dan anutan pola pemikiran “biar papa asalkan bergaya” mengakibatkan ramai pasangan menanggung kesusahan akhirnya.

Satu lagi kisah menarik yang merupakan karya terpanjang di dalam himpunan ini ialah Falasi Logik. Penulis berjaya menerangkan beberapa jenis falasi seperti falasi orang-orang Jerami, hering merah, ad hominem, hitam-putih dan banyak lagi.

Setiap falasi diterangkan dengan mudah menerusi perbincangan berkaitan isu semasa seperti perihal politik negara, kesihatan dan kemajuan industri bola sepak.

Pembaca akan lebih memahami jenis-jenis falasi ini dan sekali gus memperbaiki daya kognitif mereka.

Tajuk Buku: Alegori Rumah Api dan Tulisan-Tulisan Lain
Penulis/Editor: Matluthfi
Penerbit: Batu Caves, Selangor: Puteh Press, 2017
Nombor Panggilan: MALAY 808.7 MAT
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan