ePustaka: Alam Misteri: Mitos Atau Realiti
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Topik alam ghaib memang sering memikat perhatian masyarakat kita.
Kita kerap disajikan dengan cerita seram atau pelik yang melibatkan makhluk halus seperti hantu, jin dan syaitan.
Pada tahun 1980-an, buku “Siri Bercakap Dengan Jin” karya Tamar Jalis terjual laris dan menjadi bacaan lazim sekeluarga ketika itu.
Majalah Mastika yang mula diterbitkan pada tahun 1941, yang asalnya berunsur pendidikan dan membincangkan hal semasa turut mengubah kandungannya dengan menonjolkan cerita-cerita misteri dan seram pada tahun 1990-an.
Misteri Jam 12 (MJ12), yang mengetengahkan kisah seram dan misteri juga menjadi antara rancangan paling popular siaran stesen radio RIA 89.7FM di Singapura dan sudah ke udara sekitar 20 tahun lamanya.
Kini, rancangan seperti 'Night Walk Bersama Roslan Shah' dan 'Sembang Seram' mendapat sambutan hangat di media sosial.
Buku “Alam Misteri: Mitos atau Realiti” bagaimanapun bukan sekadar karya sensasi.
Ia berdasarkan pengalaman sebenar penulis, Abdul Rahman Ibrahim, seorang pengamal ruqyah atau rawatan cara Islam untuk menyembuhkan penyakit akibat gangguan makhluk halus dan ilmu sihir.
Penulis memuatkan 17 kisah dalam buku ini sebagai peringatan dan panduan kepada pembaca agar lebih berhati-hati supaya tidak melalui pengalaman yang tidak diingini.
Umpamanya kisah 'Patung Berlidah' di mana seorang lelaki telah kerasukan dan bertindak ganas mengacukan pisau sehingga ditahan polis.
Semasa dirawat, penulis bersama rakan pengamal ruqyahnya mendapati ada sebuah bekas abu rokok Bob Marley dengan lidah terjelir yang menjadi tempat “menginap” makhluk yang menggangu lelaki tersebut.
Beberapa kisah lain pula melibatkan kes “terpijak” yang mengakibatkan si pesakit menderita selama 15 tahun, kencing di semak lalu mengalami kesakitan dari tumit hingga ke bahagian alat sulit dan “diikut pulang” selepas meninggalkan majlis barbeku sekitar waktu Maghrib.
Selain itu, ada juga kisah di mana ahli keluarga atau si pesakit sendiri yang mengamalkan ilmu pelindung, menjaga saka dan ilmu kebal yang kesemuanya mendatangkan akibat buruk kepada pengamal atau keluarga mereka.
Kita boleh mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dikongsikan oleh penulis agar tidak memandang ringan tentang perkara ghaib dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada terkena gangguan.
Lebih utama, penulis memberikan keterangan tentang alam manusia, kewujudan jin dan aspek-aspek ilmu ruqyah agar pembaca dapat menambahkan kefahaman menurut perspektif agama.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mendapatkan buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Alam Misteri: Mitos atau Realiti. Jilid 1
Penulis: Abdul Rahman Ibrahim
Penerbit: Singapura: Associates ARS, 2025.
Nombor Panggilan: Adult Singapore 297.21 ABD
Pengulas: Mazelan Anuar, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.