ePustaka: Al-Jazari: Pelopor Dunia Robotik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Robotik merupakan suatu bidang pelbagai disiplin yang menggabungkan bidang-bidang lain seperti kejuruteraan dan teknologi dengan tujuan mereka bentuk, membina serta menggunakan robot atau peralatan elektrik dan mekanikal yang boleh dikendalikan secara automatik.
Contohnya, sebuah restoran yang menggunakan pelayan robot untuk menghantar hidangan yang dipesan ke setiap meja. Juga, barista robot yang menyediakan kopi tanpa penglibatan manusia.
Perkembangan sedemikian, ditambah pula dengan “dakapan mesra” masyarakat terhadap kecerdasan buatan (AI), dijangka mengubah cara hidup serta cara manusia bekerja pada masa hadapan.
Namun, bagaimanakah semua ini bermula? Siapakah yang mempelopori ciptaan alat-alat mesin automatik?
Menurut buku bergambar “Al-Jazari: Pelopor Dunia Robotik” ia bermula pada kurun ke-12 di sebuah tempat bersejarah bernama Cizre di Turki, yang terletak di Sungai Tigris bersempadan Iraq dan Syria.
Di sinilah lahirnya Ra’is al-A’mal Badi’ al-Zaman Abu al-‘Izz ibn Isma’il ibn al-Razzaz al-Jazari. Al-Jazari membesar dalam sebuah persekitaran yang membolehkan beliau mempelajari ilmu serta kemahiran mengenai kayu dan besi untuk mencipta pelbagai jenis peralatan.
Sebagai seorang jurutera dan ahli teknologi, Al-Jazari telah menggabungkan teknologi dan kejuruteraan untuk mencipta dan menghasilkan pelbagai peralatan yang bukan hanya mengagumkan malah bermanfaat untuk masyarakat.
Ini termasuklah ciptaan beliau yang paling terkenal iaitu Jam Gajah, sebuah jam automatik pertama di dunia yang digerakkan menggunakan kuasa air.
Ditulis oleh Nur Khairiah dan Muhammad Ashraf, buku ini merupakan sebahagian daripada siri buku bergambar kanak-kanak “Siri Cendekiawan Islam” yang diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf.
Siri ini merangkumi enam buku bergambar yang memperkenalkan cendekiawan-cendekiawan Islam serta sumbangan mereka kepada dunia moden. Ini termasuklah Rufaidah yang merupakan jururawat pertama, Ibnu Al-Haisam yang telah mencipta kamera, dan Mariam Al-Astrulabi, pelopor sistem GPS.
Selain mengenali siapakah Al-Jazari, kanak-kanak akan dapat mengembangkan pengetahuan serta kecelikan mereka terhadap sejarah.
Misalnya, pengaruh daripada pelbagai budaya dan teknologi dari zaman tersebut yang membuat jam gajah Al-Jazari sangat unik, berelemen seperti gajah dari India, burung dari Mesir, dan naga dari China.
Bahan-bahan bacaan sebegini pastinya membantu pemerkasaan literasi sejarah dalam kalangan kanak-kanak.
Ini amat penting demi membangunkan generasi yang yakin dan tidak gentar menangkis sebarang percubaan untuk memutar belit sejarah.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Al-Jazari: Pelopor Dunia Robotik
Penulis: Nur Khairiah & Muhammad Ashraf
Penerbit: Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd., 2024
Nombor Panggilan: JP 297.092 NUR
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.