ePustaka: Aku Nak Tidurlah!
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Adakah anda seorang yang kerap bangun lewat untuk ke sekolah?
Atau menghadapi kesukaran untuk bangun pagi?
Pernahkah tertidur sewaktu berada di dalam kelas?
Jika begitu, anda mempunyai persamaan dengan Lienna, atau lebih mesra dikenali sebagai Lienna Miau Miau dari kelas 2B!
Lienna ialah salah seorang watak utama dalam cerita yang bertemakan fantasi rom-com ataupun “romantic comedy” ini.
Cerita yang ringkas dan mudah dihadam isinya ini mengisahkan tentang alam persekolahan Gibran, seorang murid yang tampan tetapi penuh misteri. Lienna, seorang murid yang pintar tetapi selalu mengantuk dan Mieya, teman akrab Lienna.
Gibran sebenarnya dapat menjelma menjadi seekor kucing. Sebagai seorang murid di sekolah yang penuh dengan makhluk istimewa, Gibran dinasihati supaya menyimpan rahsianya itu.
Namun, apabila dinasihatkan gurunya, yang juga makhluk istimewa, untuk bergaul dengan manusia biasa, mulalah dia menghadapi pelbagai masalah yang janggal lagi aneh.
Sewaktu inilah dia mula berkenalan dengan Lienna, manusia biasa yang gemar sekali dengan kucing.
Obsesinya dengan kucing telah membuatkan persahabatannya dengan Gibran terasa kekok sekali pada mulanya. Akan tetapi, perubahan perhubungan antara mereka berdua semakin ketara dengan perkembangan cerita.
Dari awal permulaan kisah ini, penulisnya, Man Man telah berjaya mencuit hati pembaca menerusi rakaman cara Lienna dan Gibran bertemu, persis seperti “meet cute” yang sering ditemui dalam novel remaja berbahasa Inggeris.
Gaya penulisan karya ini menarik kerana mampu membuat pembaca semakin ingin tahu tentang watak-watak dalam cerita ini selaras perkembangannya.
Adakah Gibran akan memberitahu identiti sebenarnya kepada Lienna?
Dapatkah Lienna menerima Gibran seadanya?
Bacalah buku ini untuk mengetahui peleraian kisah mereka!
Lungsurilah laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam bahan bacaan ini.
Tajuk Buku: Aku Nak Tidurlah!
Penulis/Editor: Man Man
Penerbit: Kuala Lumpur: Kadokawa Gempak Starz, 2019
Nombor Panggilan: Y Malay MAN
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.