Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Ada Khazanah Di Perpustakaan Kami'

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dimanfaatkan oleh anak-anak kita.

Kunjungan ke perpustakaan pasti memberikan satu kepuasan dan kenikmatan seumur hidup!

Buku karya Maria Mahat ini boleh dijadikan buku panduan asas kanak-kanak untuk mengenali perpustakaan, apatah lagi ia dihasilkan dalam format dwibahasa.

Pengalaman Cikgu Fazlin membawa para pelajar mengunjungi sebuah perpustakaan awam ini diisikan dengan fakta, fungsi dan kemudahan yang disediakan di sana.

Ia turut menyentuh tentang etika para pelawat yang mengunjunginya.

Puan Hana, pustakawan yang bertugas, memperkenalkan para pelajar Cikgu Fazlin tentang pelbagai fungsi dan panduan memanfaatkan kemudahan yang disediakan.

Contohnya, pinjaman buku secara percuma dan jenis bahan bacaan yang disediakan. Mereka juga dimaklumkan tentang penyediaan koleksi buku yang sangat luas bagi memenuhi keperluan segenap lapisan usia.

Koleksi buku kanak-kanak diberikan lebih tumpuan. Kepelbagaian topik dan kandungan buku yang mengembangkan dunia ilmu dan pemikiran mereka diserlahkan. Antaranya, buku perihal bumi, angkasa lepas dan kesenian seperti batik lepas serta songket.

Himpunan buku bergambar yang amat banyak mengajak kanak-kanak meneroka dunia di dasar laut, Kutub Utara, padang pasir dan objek sekecil biji saga!

Ringkasnya, para pembaca disedarkan bahawa buku merupakan jendela dunia.

Justeru itu, kanak-kanak digalakkan supaya mengamalkan amalan membaca secara aktif kerana lebih banyak mereka membaca, lebih bijaksanalah mereka!

Penulis turut memuatkan maklumat ringkas tentang beberapa tokoh dunia dengan nota panduan untuk para ibu bapa dan pendidik menjalankan sesi perkongsian serta perbincangan dengan anak-anak mereka.

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku ini.

Tajuk: Ada Khazanah Di Perpustakaan Kami = There are treasures in our library!
Penulis/Pelukis: Maria Mahat
Penerbit: Singapura: Ungu Pen Education, 2018.
Nombor Panggilan: J SING Malay MAR
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan