ePustaka: Ada Hantu di Rumah Ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apakah yang harus dilakukan sekiranya sesuatu yang kita sayangi dan hargai akan dijual atau digadaikan?
Adakah kita akan pasrah berpeluk tubuh atau berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan hak milik kita?
Lebih-lebih lagi jika sesuatu itu merupakan rumah yang telah lama kita diami sejak turun-temurun.
Pastinya kita akan mempertahankannya selagi nyawa dikandung badan... ataupun tanpa badan!
Buku cerita kanak-kanak “Ada Hantu di Rumah Ini” ialah sebuah novel bergambar yang diterbitkan Noura Kids pada tahun 2025. Karya Iwok Abqary, yang merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan puluhan buku di Indonesia dihasilkan untuk pembaca berusia dalam linkungan tujuh hingga dua belas tahun.
Dibahagikan kepada lima bab, buku ini menceritakan tentang seorang nenek bernama Nek Uti, yang tinggal sendirian di sebuah rumah tua. Oleh kerana merasakan dirinya kesepian, Nek Uti membuat keputusan untuk menjual rumah tuanya supaya beliau boleh berpindah dan tinggal di rumah asuhan.
Namun, keputusannya itu telah membuat sekeluarga hantu yang tinggal di loteng rumah tersebut berasa cemas. Lantas, mereka berusaha untuk memastikan rumah itu tidak dijual.
Walaupun sekali pandang, judul buku ini biasanya akan digolongkan dalam genre seram, namun ia sebenarnya sebuah kisah yang penuh kelucuan dan menyentuh hati.
Misalnya, setiap kali cucunya Kunto menyebut tentang Nek Uti, nenek hantu akan kekeliruan lalu menyangka beliaulah yang sedang diperkatakan. Keadaan ini membuatkan adegan seterusnya lucu dan menghiburkan.
Ilustrasi yang dihasilkan Miski Nabila di setiap muka surat pula membuatkan novel bergambar ini pada keseluruhannya sebuah karya yang ringan dan mudah dibaca.
Ada pelbagai tema yang boleh dijadikan topik perbincangan, seperti nasib warga emas yang menghabiskan sisa hidup mereka sendirian, serta pentingnya kekeluargaan yang utuh sebagai benteng buat menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku menarik ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Ada Hantu di Rumah Ini
Penulis: Iwok Abqary
Penerbit: Jakarta: Noura Kids, 2025
Nombor Panggilan: J ABQ
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.