ePustaka: '1 2 3 Lekuk!' padat dengan cerita rakyat; terap nilai murni kehidupan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Dunia Melayu sememangnya kaya dengan cerita-cerita rakyat.
Malah sastera kanak-kanak berasal dari cerita-cerita rakyat yang diwarisi dan dipetik dari tradisi sastera lisan.
Ini termasuk cerita haiwan, cerita jenaka dan cerita penglipur lara. Cerita-cerita tersebut sebenarnya merupakan gambaran tentang sesebuah masyarakat dari segi budaya, undang-undang serta susunan nilai sosial masyarakat tersebut.
Kebanyakan cerita rakyat telah diceritakan semula dan diturunkan secara turun-temurun dalam bentuk buku bergambar.
Buku bergambar 1 2 3 Lekuk! karya Basari Mat Yasit dapat kita golongkan dalam genre sastera tersebut.
Diterbitkan pada tahun 2020 oleh Oyez! Books, ia mengisahkan tentang seekor kancil yang ingin memakan buah jambu dari pokok jambu yang terdapat di seberang sungai. Oleh sebab tidak pandai berenang, Sang Kancil telah menggunakan helah dengan menyuruh buaya-buaya di sungai untuk beratur merentasi sungai supaya dia dapat menyeberangi sungai tersebut.
Buku ini sangat sesuai dibaca bersama secara lantang dengan anak-anak.
Penceritaan akan menjadi lebih senorok jika dibaca dengan intonasi suara haiwan yang berbeza. Penting juga dibicarakan bersama tentang tindakan Sang Kancil menipu buaya.
Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku ini.
Tajuk Buku: 1 2 3 Lekuk!
Penulis: Basari Mat Yasit
Penerbit: Malaysia: Oyez! Books, 2020.
Nombor Panggilan: J P BAS
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.