Dulu tercicir kini 'valedictorian' pada usia 36 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Muhammad Haikal Nekla memberi ucapan di majlis konvokesyen Politeknik Republic pada 2 Mei, 2025. (Gambar: Politeknik Republic)
SINGAPURA: “Saya diejek, saya dikecam, dengan tidak sengaja dan saya tidak selesa berada di sekolah pada waktu itu,” kongsi Muhammad Haikal Nekla membuka cerita kepada BERITA Mediacorp.
Haikal berhenti sekolah ketika berusia 16 tahun.
20 tahun kemudian, pada usia 36 tahun, Haikal bukan setakat berjaya menggenggam diploma Operasi Restoran dan Kulinari, bahkan bergelar ‘valedictorian’ Sekolah Hospitaliti Politeknik Republic (RP).
PERTELINGKAHAN KELUARGA
Ketika berusia 14 tahun, Haikal telah mengalami masalah dengan salah seorang anggota keluarganya. Apabila cuba berkongsi perkara tersebut dengan rakan-rakannya di Sekolah Menengah St Patrick's, beliau sebaliknya diejek dan dikecam.
Pelajarannya terjejas, dan Haikal sering ponteng kelas.
"Ibu saya telah memberikan saya pilihan - pergi belajar atau keluar kerja dan saya pilih bekerja kerana saya fikir pada masa itu itulah yang terbaik untuk saya," tambah Haikal.

Pada usia 16 tahun, Haikal meninggalkan rumahnya dan menetap bersama nenek beliau.
Bagi menyara perbelanjaannya, Haikal bekerja di kafe Pacific Coffee di Lapangan Terbang Changi.
KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS HAMPIR DUA DEKAD
Kakak Haikal menjadi pendorong utama untuknya cekalkan hati kembali ke sekolah selepas hampir dua dekad meninggalkan bangku sekolah.
"Kakak saya, memegang dua diploma dan dia selalu beritahu saya 'pergilah sambung belajar kerana kalau aku boleh buat, takkan kau tak boleh macam gitu."

Tambahan pula, semasa Haikal bekerja di restoran Fish & Co., 2 pekerja pelatih RP telah berkongsi pengalaman mereka belajar di politeknik tersebut.
Haikal tertarik dengan sistem pembelajaran di RP yang menggabungkan teori dan latihan amali.
Disebabkan Haikal tidak mempunyai sijil peringkat 'O', beliau memasuki RP melalui Urusan Kemasukan Awal (EAE) untuk pekerja dewasa yang memerlukan pengalaman bekerja dua tahun dalam bidang F&B.
Pada usia 33 tahun, Haikal telah menjadi pelajar sepenuh masa di RP dalam bidang Operasi Restoran dan Kulinari.
Haikal menerima banyak bantuan daripada RP seperti tajaan, subsidi dan juga biasiswa daripada Marina Bay Sands. Beliau juga tetap bekerja untuk terus menyumbang kepada perbelanjaan keluarganya.
CABARAN SEBAGAI PELAJAR DEWASA
Hampir 20 tahun tinggalkan bangku sekolah, Haikal pastinya mengalami pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual kerja sebagai pelajar.
Beliau ingat lagi rasa gerun ketika pertama kali memasuki kelas.
Namun, pensyarah serta rakan-rakan sedarjahnya banyak membantu.
“Saya tidak akan berada di sini kalau tidak kerana bantuan dan dorongan mereka,” ujar beliau dalam ucapannya, memberi penghargaan kepada mereka.

Haikal juga berkongsi pengalaman istimewa sewaktu diberi peluang untuk menjalani latihan amali di Disneyland Hong Kong pada tahun ketiga di RP.

Menurutnya, tempoh latihan dari September 2024 hingga Februari 2025 itu membuka matanya kepada peluang dan prospek kerjaya pada masa depan.

"Haikal akan pergi temu duga ke sekolah kerja sosial SUSS (Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura).
Walaupun bidangnya berlainan, Haikal tetap, kalau boleh, ingin beri kembali kepada masyarakat", ujarnya tegas.
Menutup cerita, ini pesan Haikal: “Andainya ada masa, andainya ada rezeki, sambunglah (sekolah). Tak kira umur, tak kira apa latar belakang, pergi belajar kalau boleh.”

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.