Dulu hampa selepas terima keputusan Peperiksaan 'O', kini Muhammad Imran 'valedictorian' RP

(Gambar: Muhammad Imran)
BERITAmediacorp: Kenangan terindah yang tidak boleh dilupakan Muhammad Imran adalah apabila ibunya menangis melihat beliau memberi ucapan kepada kohortnya.
Walaupun diberitahu oleh mentornya sebelum acara penyampaian ijazah, pelajar Politeknik Republik itu sengaja menyembunyikan perkara tersebut daripada ibunya untuk melihat reaksi beliau pada hari itu.
"Apabila saya melihat ibu menangis saat saya berjalan ke atas pentas untuk memberikan ucapan kepada kohort saya, saya berasa amat puas hati dan bersyukur kerana usaha saya sepanjang tiga tahun berbuah hasil," kata Muhammad Imran, 21 tahun, kepada BERITAmediacorp.

"Pada waktu itu, saya tidak boleh memahami pemergian bapa saya. Saya asyik terfikir pada waktu itu, "Kenapa Tuhan ambil bapa saya daripada saya?," cerita Muhammad Imran kepada BERITAmediacorp.
Disebabkan ketiadaan bapanya, ibu Muhammad Imran yang sebelum itu merupakan seorang suri rumah, terpaksa mencari nafkah untuk kedua-dua anaknya.
"Walaupun ibu bekerja dari siang ke malam, beliau memberikan kami kasih sayang sepenuhnya dan menjaga kami sebaik mungkin, meskipun sibuk," ujar Muhammad Imran.
Mengongsi detik penting dengan kehadiran salah seorang insan paling penting dalam hidupnya membuat kenangan menerima ijazah itu lebih indah buat Muhammad Imran.
BANGKIT SEMULA DI ITE

"Saya semakin kecewa dan tidak berminat untuk mempelajari sains, matematik atau kebanyakan subjek di sekolah. Masa 8 jam sehari yang saya luangkan untuk menelaah kerja sekolah itu amat sukar untuk saya lalui," ujar Muhammad Imran.
Apabila tiba masanya untuk menerima keputusan Peperiksaan 'O', Muhammad Imran tidak terkejut apabila menerima keputusan yang tidak baik.
"Pilihan yang saya ada terhad disebabkan keputusan saya. Walaupun ibu saya masih menyokong saya, hati saya pecah, seperti telah menghampakan beliau dan juga diri saya.
"Saya kemudian mendaftar dalam kursus Operasi Pelayanan di ITE dan mujurlah ia merupakan salah satu keputusan yang paling baik dalam hidup saya setakat ini," kongsi Muhammad Imran kepada BERITAmediacorp.
Dibayangi reputasi ITE yang dikenali sebagai 'It's The End', beliau agak gementar pada pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Kolej Barat ITE.
"Saya risau tentang jenis kawan-kawan baru saya dan kehidupan saya sebagai seorang pelajar pada dua tahun yang akan datang," ujar Muhammad Imran.
Namun, kata beliau lagi, pelajar-pelajar di sekolahnya itu datang daripada pelbagai latar belakang berbanding tanggapan biasa tentang pelajar-pelajar ITE.
Di ITE juga, beliau bertemu dengan pelbagai pensyarah dan pelajar lain yang membantu membentuk suasana pembelajaran yang positif dan membakar semangatnya agar jangan putus asa.

PERJALANAN MUHAMMAD IMRAN TIDAK BERAKHIR DI SITU
Buat masa ini, Muhammad Imran sedang menantikan notis pendaftaran untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Beliau juga berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa beliau masih belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya - sama ada meneruskan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Nasional Singapura (NUS) atau Kolej Pengajian Bersepadu di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
"Ini merupakan detik yang penting bagi saya kerana saya akan merupakan individu pertama dalam keluarga saya untuk meneruskan pengajian ke universiti," kata Muhammad Imran.
"Walaupun perjalanan saya masih lama lagi, saya amat bersyukur kerana mempunyai keluarga, rakan-rakan dan pensyarah yang menyokong saya di ITE dan RP."

"Jika awak asyik membandingkan diri awak dengan orang lain, sudah tentu mesti ada orang lain yang lebih baik daripada awak daripada semua segi - keputusan sekolah, baju lebih lawa dan sebagainya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.