Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Dicedok dari UK disajikan di SG, ‘senisini’ mahu seni jadi santapan semua

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ditubuhkan pada Ogos 2024, ‘senisini’ bukan sekadar satu inisiatif seni.

Idea untuk ‘senisini’ muncul ketika Iffah Syafiqah, 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian di London dan menjadi sebahagian daripada kelab seni di ibu kota Britain itu.

Setelah menyaksikan impak positif seni terhadap masyarakat di London, dia bertekad untuk membawa konsep itu kembali ke Singapura.

“Itu sahaja yang saya fikirkan sepanjang saya di sana. Masyarakat saya sepatutnya
mempunyai ini,” kata Iffah.

Diasaskan oleh Iffah bersama sekumpulan rakan yang kongsi idea kreatif yang sama, inisiatif itu diperkenalkan di Singapura untuk menjadikan seni lebih mudah diakses, terutamanya golongan belia.

“Kami semua adalah jurugambar, juruvideo dalam industri seni. Kami ingin berkongsi ilmu dan kepakaran kepada kanak-kanak yang tidak ada sumber dan peralatan di rumah,” kata Iffah.

Mereka percaya bahawa seni adalah satu keistimewaan—bukan hanya untuk mencipta, tetapi juga dalam akses kepada bahan dan sumber yang diperlukan.

Bagi ramai, peluang untuk berkarya dan menggunakan bahan seni berkualiti adalah sesuatu yang jarang dapat dinikmati. Inilah jurang yang cuba ditutup oleh 'senisini'.

Dengan berkongsi sumber dan alat seni, ‘senisini’ tidak hanya membuka ruang untuk berkarya, tetapi juga mengurangkan halangan yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan.
 
Gambar: Shaiful Bahri
SEMUA BOLEH BERKARYA

‘senisini’ juga berusaha menjadikan seni kurang menggentarkan, terutama untuk kanak-kanak.

Melalui pendekatan yang santai pasukan ‘senisini’ mahu menjadikan pengalaman menghasilkan seni sesuatu yang menyeronokkan dan inklusif.

Salah satu programnya dijalankan dengan Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM).

Melaluinya, mereka memberi peluang kepada penghuni di RKM unutk mengenai seni dalam persekitaran yang mesra.

“Konsepnya bebas, kami memberi mereka alat lukis dan biarkan kanak-kanak melukis,” kata Iffah.

“Pada mulanya, semua kanak-kanak seperti segan - tak nak buat seni, saya tidak bagus, tapi lambat laun, mereka semua melukis dengan bersemangat,” ujar Iffah.

Semangat dan dedikasi relawan juga membantu mengubah persepsi kanak-kanak terhadap seni, membuat mereka melihat seni bukan sebagai sesuatu yang menakutkan.
Gambar: Shaiful Bahri
SENI JADI JAMBATAN IKATAN MASYARAKAT

Bagi senisini, seni adalah lebih daripada hobi—ia adalah alat untuk menyatukan, mendidik, dan memperkasakan individu.

“Terdapat begitu ramai individu kreatif dalam masyarakat kita. Satu-satunya perkara yang tidak ada ialah ruang dan platform,” ujar Iffah kepada BERITA Mediacorp.

Melalui usahanya, senisini berjaya menyatukan 180 orang dalam satu masyarakat seni.

Platform itu bukan sahaja memberikan ruang untuk berkarya, tetapi juga dapat menjadi panduan bagi bakat kreatif muda, membantu mereka berkembang dan saling memberi sokongan.

Matlamatnya untuk mencipta satu ikatan ‘adik-beradik’ dalam industri seni, di mana pengalaman dan pengetahuan yang jarang diajar di sekolah dapat dikongsi bersama untuk memperkasakan lagi bakat-bakat kreatif.

“Jadi jika kami boleh jadi abang-abang dan kakak-kakak, itu perkara yang memuaskan,” kata Iffah.
Gambar: Nurhana
RANCANGAN MASA DEPAN

Iffah juga amat bersyukur kerana berpeluang bertemu orang-orang yang mempunyai matlamat yang sama.

“Jangkauan yang telah kami capai adalah hasil daripada masyarakat yang berkongsi sumber mereka. Keupayaan untuk menjalin hubungan, di tempat yang sesuai dengan rakan lain, yang turut berkongsi nilai dalam menyatukan orang untuk berkongsi sumber dan alat seni mencerminkan apa yang ingin cuba dicapai senisini,” kata Iffah.

Bersama pasukannya beliau berharap untuk melebarkan lagi jangkauan senisini, sekali gus memberi impak lebih besar, dalam cara seni diakses dan dihargai.
Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan