Cabaran demi cabaran diharungi, Faisarah Sapuan kini genggam ijazah dalam bidang undang-undang
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Saya dibesarkan dalam keluarga, di mana bapa saya adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga. Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Saya hanya mempunyai seorang adik lelaki.

Saya dan adik lelaki saya sepanjang kehidupan sekolah rendah dan menengah kami banyak bergantung kepada bantuan kewangan untuk mendapatkan pakaian sekolah, stokin sekolah dan buku teks kami. Pada masa itu, ayah saya hanya mampu memberi saya dan adik lelaki saya $2.00 setiap hari untuk belanja harian sekolah kami. Inilah keadaan kami sehingga saya tamat pengajian di sekolah menengah.
Di pertengahan pembelajaran saya di ITE, ayah saya terpaksa melepaskan kedainya di Toa Payoh, disebabkan kenaikan sewa dan kekurangan pelanggan. Keluarga saya terpaksa berpindah ke flat satu bilik di Jalan Bukit Merah. Saya tidak lagi mempunyai bantuan kewangan untuk menampung pengajian saya dan saya terpaksa berhenti belajar sepenuh masa.
Saya mengikuti kursus Nitec Lanjutan secara sambilan sambil bekerja sepenuh masa di sebuah pusat panggilan (call centre) pada usia 19 tahun.
Saya lulus dari Nitec Lanjutan apabila saya mencecah usia 21 tahun, tetapi permohonan saya ke politeknik ditolak. Pada masa itu, saya mendapat perkerjaan yang lebih baik sebagai seorang pentadbir di sebuah syarikat kejuruteraan kecil. Itulah detiknya saya memutuskan untuk meneruskan pengajian saya dalam Kursus Diploma Pengajian Undang-undang yang ditawarkan oleh Kaplan Singapore.
Belajar separuh masa sambil bekerja sepenuh masa pastinya tidak mudah dan terdapat bermacam halangan sepanjang perjalanan saya. Saya sering sakit dan terpaksa mengambil banyak cuti untuk belajar bagi peperiksaan saya. Saya hampir tidak berehat pada waktu itu. Saya juga pernah mengalami jangkitan telinga selama hampir tiga minggu – ini bermakna cuti sakit saya habis digunakan.

Walaupun saya berdepan bermacam rintangan, bekas rakan sekerja saya di firma kejuruteraan kecil itu memberi sokongan yang padu – ada kalanya mereka menawarkan untuk memandu saya ke Kaplan selepas kerja supaya saya dapat tiba ke kelas saya tepat pada waktu.
Setahun kemudian, saya terpaksa meninggalkan syarikat kejuruteraan itu dengan berat hati kerana saya mahu memulakan kerjaya saya dalam industri undang-undang. Walaupun semangat saya berkobar-kobar, saya tidak diterima bekerja di banyak firma guaman, kerana saya tidak mempunyai pengalaman.
Sekalipun demikian, dengan keazaman yang tinggi, saya berjaya mendapat pekerjaan sebagai Pentadbir Paten di firma Harta Intelek (intellectual property), di mana saya diberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Harta Intelek, dan Paten khususnya.
Saya juga mengambil peluang ini untuk berehat daripada pengajian dan untuk melangsaikan pinjaman bank untuk pengajian saya. Saya mengambil masa dua tahun untuk habis membayar pinjaman pengajian saya, sambil juga bergelut untuk membantu keluarga saya membayar perbelanjaan bulanan mereka, dan merancang untuk perkahwinan saya ketika itu.
Apabila COVID-19 melanda Singapura dan apabila langkah pemutus rantaian jangkitan diperkenalkan, pinjaman sekolah saya sudah dijelaskan. Pada waktu itu, saya sudah pun berkahwin dan saya tinggal bersama mentua saya sambil menunggu rumah BTO empat bilik.

Pada satu hari, semasa berbual-bual bersama keluarga suami saya pada waktu makan malam, saya menyentuh tentang niat saya untuk meneruskan pengajian. Saya membuat keputusan untuk mencuba nasib dan mendaftarkan diri di Kaplan Singapore untuk mengambil kursus ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang yang ditawarkan oleh Universiti Murdoch.
Saya memulakan perjalanan baru saya dengan tidak mengharapkan apa-apa. Tapi sekarang saya sangat gembira yang saya berjaya memperolehi ijazah itu. Semasa perjalanan ijazah saya, saya juga mengambil risiko yang sangat besar untuk menukar pekerjaan saya. Saya menganggur hampir sebulan, sebelum saya berjaya mendapatkan pekerjaan baru sebagai seorang Paralegal di firma litigasi.
Kelas saya biasanya bermula pada pukul 6.30 petang. Jadi, suami saya sering menjemput saya dari tempat kerja supaya saya dapat menghadiri kelas tepat pada masanya.
Cabaran-cabaran yang saya hadapi sangat mencabar - bekerja sepenuh masa sambil membayar biaya pengajian saya dan bil rumah semasa belajar – ini semua menyebabkan saya mempunyai masa yang sangat terhad untuk bertemu rakan-rakan. Keluarga saya, keluarga suami saya, kawan baik saya dan rakan sekerja saya adalah tunggak sokongan utama saya sepanjang perjalanan saya, dan saya tidak akan berada di sini tanpa mereka.

Saya kini bekerja sebagai Paralegal di sebuah firma litigasi, di mana saya dapat mempelajari lebih lanjut tentang undang-undang di bawah seorang peguam.
Saya berpeluang pergi ke Mahkamah untuk melihat secara langsung cara perbicaraan berfungsi dan bagaimana saya boleh menyumbang kembali kepada masyarakat dengan apa yang sudah saya capai setakat ini. Satu lagi cara saya menyumbang semula kepada masyarakat adalah sebagai sukarelawan akar umbi di kawasan rumah saya di East Canberra.
MENGENAI PENULIS:
Faisarah Binte Sapuan, 28 tahun, merupakan lulusan Sarjana Muda Perniagaan dalam Undang-undang Perniagaan dan Kriminologi dari Universiti Murdoch di Institusi Kaplan Singapore.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.