Biasiswa baharu NParks–Peter Lim cungkil potensi pelajar cemerlang dalam bidang kepelbagaian bio, kehijauan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah biasiswa baharu berasaskan merit diperkenalkan buat julung-julung kalinya di bawah program Biasiswa Lembaga Taman Negara NParks-Peter Lim (NPPLS).
Seramai 27 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IHL) menjadi penerima sulung biasiswa tersebut.
Ia diperkenalkan bagi memupuk dan mengembangkan potensi pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik secara konsisten serta bakat kepimpinan dalam bidang seperti ekologi, hortikultur dan veterinar.

Biasiswa berasaskan merit tersebut bernilai antara $4,800 dengan $10,000 bagi setiap penerima.
Lagi 192 pelajar lain turut menerima biasiswa NPPLS bernilai antara $2,400 dengan $5,000 setiap seorang.
Kesemua pelajar menerima biasiswa masing-masing dari Menteri Pembangunan Negara, Chee Hong Tat, pada Rabu (21 Jan).
Berbeza dengan biasiswa berasaskan merit NPPLS yang mengambil kira kecemerlangan akademik serta bakat kepimpinan pelajar, biasiswa NPPLS ini bertujuan menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar bagi menggalak mereka melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berkaitan kepelbagaian bio dan sekitaran.
Sejak Biasiswa NPPLS diperkenalkan pada 2020, lebih S$3.2 juta telah diagihkan kepada 1,000 pelajar.
MELIHAT SENDIRI PERUBAHAN POSITIF KEBAJIKAN HAIWAN HASIL BANTUANNYA JADI PENDORONG UTAMA MI'RA MIKKEL
Mi’ra Mikkel Muhd Hidayat merupakan antara 27 penerima sulung biasiswa baharu berasaskan merit di bawah Biasiswa NParks–Peter Lim.

Beliau kini, sedang mengikuti pengajian Tahun 3 Diploma Teknologi Veterinar di Politeknik Temasek.
Minat Mi’ra terhadap bidang veterinar sangat mendalam, bahkan bukan sekadar terhad kepada pembelajaran di bilik darjah saja.
Tidak menghairankan, beliau turut aktif sebagai anggota jawatankuasa Veterinary and Wildlife Conservation Interest Group, di samping bekerja secara separuh masa sebagai juruteknik veterinar.
Ditanya apa yang terus membulatkan tekadnya untuk mengejar kerjaya dalam bidang veterinar itu, ini jawapan Mi'ra:
"Apa yang benar-benar mendorong saya untuk terus berusaha ialah apabila saya dapat melihat sendiri haiwan yang pernah saya bantu, pulih dan kembali sihat, malah mencatat perkembangan baik hasil bantuan yang saya berikan secara langsung.
"Pengalaman itu membuatkan saya sedar bahawa inilah bidang yang benar-benar saya minati," jelas Mi'ra.
Menyedari bahawa bidang yang sedang didalaminya mencabar dan khusus, beliau meluahkan rasa berbesar hati pelajar sepertinya boleh mendapat sokongan sedemikian untuk mengejar impian mereka.
Penglibatan tersebut secara tidak langsung membantu memperkukuh kemahiran teknikalnya dan memperdalam minatnya terhadap penjagaan kebajikan haiwan.
Ini bahkan, bukan pertama kali beliau mendapat pengiktirafan sedemikian di bawah Biasiswa NParks–Peter Lim, berkat kesungguhannya mencatat pencapaian konsisten dalam pengajiannya.
Mi’ra pernah menerima Anugerah Pengajian NParks–Peter Lim pada 2023.
"Kali ini, saya terima anugerah merit ini, yang bermakna ia bagi akademik dan juga kegiatan seperti aktiviti kokurikular. Jadi, saya bersyukur kerana ia adalah satu pengiktirafan bagi kerja keras saya ketika pengajian saya, menjangkau pencapaian akademik saya," ujar Mi'ra.
ADIB PUTRA LEBIH FOKUS KEJAR IMPIAN DALAM BIDANG HORTIKULTUR; BEBAN KEWANGAN KELUARGA DIRINGANKAN
Salah seorang penerima biasiswa NParks–Peter Lim tahun ini ialah Muhd Adib Putra Muhd Hanis.

Beliau tidak menyembunyikan rasa lega apabila dianugerahkan biasiswa tersebut, memandangkan ia dapat membantu meringankan beban keluarganya.
Bapa Adib merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga itu.
Keadaan ini menjadikan biasiswa tersebut amat bermakna, sekali gus membolehkan Adib menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajian NITEC Lanjutan dalam bidang Pengurusan dan Reka Bentuk Landskap di ITE.
"Biasiswa ini membantu mengurangkan tekanan keluarga saya terhadap kewangan dan membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian tanpa risaukan tentang duit makan saya," luah penuntut ITE Tahun 2 itu.
Dalam memperhalusi minatnya terhadap bidang kehijauan, Adib juga aktif dalam Kelab Hortikultur di institusinya.
Beliau bahkan, pernah mewakili sekolahnya di beberapa projek hortikultur dan berpeluang bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi industri.
Misalnya, beliau pernah menyumbang kepada projek paparan tanaman sempena SG60 bagi Changi Airport Group, dan malah akan menyertai Landscape Design Challenge, yang akan diadakan sempena Singapore Garden Festival pada Julai ini.
"Cita cita saya adalah untuk membina kerjaya dalam bidang landskap dan hortikultur serta menyumbang kepada pembangunan ruang hijau yang mampan di Singapura," ujar Adib.
Adib merancang untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Bekerja Sambil Belajar bagi bidang Arborikultur dan Hortikultur selepas menamatkan kursus NITEC Lanjutan.
LEBIH BANYAK SOKONGAN DIHULURKAN KEPADA SEKTOR LANDSKAP DAN HAIWAN YANG KIAN BERKEMBANG
Di majlis tersebut, Encik Chee Hong Tat menyatakan lebih banyak sokongan dihulurkan untuk mengasah bakat muda, di samping usaha untuk memperkukuh sektor kehijauan dan sains haiwan.
Ini memandangkan kedua-dua sektor itu sedang melalui transformasi besar, sekali gus berdepan dengan cabaran baharu termasuk menangani arus pendigitalan dan automasi.
"Mengiktiraf keperluan yang kian berubah ini, NParks lebih menggalak kepimpinan sekitaran dalam kalangan belia kami. Ini termasuk melengkapkan mereka dengan pendidikan, sumber dan peluang yang mereka perlukan untuk tampil sebagai generasi karyawan kehijauan dan sains haiwan seterusnya," kata Encik Chee.
Biasiswa NParks–Peter Lim ditubuhkan hasil sumbangan dermawan dan usahawan Encik Peter Lim, dengan kerjasama Lembaga Taman Negara (NParks).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.