Skip to main content

Nadi Kampus

Berpantun Berhemah, Berbahasa Merahmah

Anggaran Waktu Membaca:
Berpantun Berhemah, Berbahasa Merahmah

Almarhum Cikgu Selamat Omar dikenali sebagai guru dan tokoh Bahasa Melayu yang mapan. (Gambar: Facebook/Asnida Daud)

SINGAPURA: Almarhum Cikgu Selamat Omar lahir pada 20 Jun 1940. Pendidikan dari Sekolah Raffles Institution. Selain menjadi guru, Almarhum pernah bertugas sebagai penulis bagi Majalah MEKAR terbitan Kementerian Pendidikan (MOE) pada tahun 1979. Beliau merupakan tokoh Bahasa Melayu yang rapat dengan Cikgu Muhammad Ariff Ahmad dan Cikgu Mohamed Gani Ahmad . Mereka bertiga yang mengendalikan Majalah MEKAR. Beliau aktif dalam Asas '50 dan pernah menjawat tugas sebagai Setiausaha Asas '50. Beliau juga bergiat cergas dalam KGMS. Beliau juga penulis khas di CDIS.

Guru itu gerbang ilmu
Bakti mengajar Bangsa pun maju
Tekun mendidik tidakkan jemu
Berzaman-zaman diingat selalu

Itulah pada Cikgu Selamat
Yang kita semua tabik hormat
Suara penyejuk bagai rahmat
Bahasanya santun bawa semangat

Itulah guru juara pantun
Kalau berkata selalu anggun
Siapa mendengar akan terpegun
Kalimat pembayang selalu beralun

Itulah guru lama berkhidmat
Buku teks siapa yang ingat
Beliaulah penyusun yang cermat
Kita belajar mendapat manfaat

Beliau hidup dalam zaman
Jaguh sastera banyak deretan
Bersama dengan Masuri, Suratman
Dengan Cikgu Latiff bersahabatan

Inilah guru yang pernah berbagi
Di arena Cita kami undangi
Bicara pantun beliau mahiri
Lantunnya halus lagi berseri

Kini Cikgu Selamat berpergian sudah
Kami berdoa dengan Al-Fatihah
Semoga Cikgu ditempati ke Jannah
Pada keluarganya ucapan takziah

Kerana Cikgu jaguh berpantun
Diikatkan syair dengan pantun
Tidaklah mahir tidaklah anggun
Menghargai Cikgu saya melantun

Sudah banyak belayar Selat
Pulang Panjang banyak disinggah
Banyak kenangan sudah tersemat
Dengah Cikgu paling terindah

Pulau Panjang banyak disinggah
Perahu Bugis Sungai Kallang
Cikgu berpantun mengubat gundah
Pesan menghibur bukan sembarang

Perahu Bugis Sungai Kallang
Sarat muatan kayu kayan
Pantun Cikgu sudah terbilang
Bagai pujangga bahasa kayangan

Sarat muatan kayu kayan
Banyak saudagar rebut membeli
Pantunan cikgu hemah budiman
Itulah teladan harus dicari

Inilah ingatan sebagai pengiring
Budi Cikgu bagai beringin
Banyak berteduh berdapat samping
Itulah kenangan indah terpaling

Al-Fatihah untuk guru kita
Ya Tuhan Rahmati rohnya
Selamat Cikgu berehat di sana
Tabik terhormat dari semua


MENGENAI PENULIS
Dr Azhar Ibrahim Alwee.
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita