#BeliaSG: Wahai Remaja
Sesiapa sahaja yang melangkah ke alam remaja pasti tahu, banyak 'godaannya'. Ada yang sibuk mengejar kejayaan, ada juga yang leka. Ini nasihat penulis puisi dalam ruangan #BeliaSG minggu ini.
BERITAmediacorp: Sesiapa sahaja yang melangkah ke alam remaja pasti tahu, banyak 'godaannya'. Ada yang sibuk mengejar kejayaan, ada juga yang leka. Ini nasihat penulis puisi dalam ruangan #BeliaSG minggu ini.
Wahai Remaja
Jika kini menyusuri sungai
Terbawa indahnya arus kemajuan
Menuju lautan pengetahuan
Janganlah engkau lupa
Mata air jernih dari pergunungan
Tempat engkau bermula.
Wahai Remaja
Jika engkau terbang, terbawa angin
Pantas, pesat, pergi
Merentasi samudera luas ke negeri asing
Janganlah engkau lupa
Kampung halaman jauh di mata
Cinta suci orang tua di desa.
Wahai Remaja
Jika datang hari nanti
Ketika engkau di kemuncak bukit
Memandang matahari emas terbit
Janganlah engkau lupa
Sebelum adanya sinar mentari
Bulan malam biru menyinari.
Wahai Remaja
Janganlah lupa
Selalulah beringat
Masa lalu bukanlah bayangan
Tapi pedoman pemimpin masa depan.
KARYA: VICELYA VISAKHA
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ANDERSON
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.