#BeliaSG: Suatu Pelayaran
Hanya mereka yang menjalani pelayaran akan tahu kesusahan sebenar. Bagi penulis ini, pelayaran menjadi perjalanan baginya untuk membina kehidupan lebih baik. Namun, kebimbangan menerpa tatkala rasa rindu kepada tanah air mula mengusik jiwa.

(Gambar hiasan: George Bonev/Unsplash)
BERITAmediacorp: Hanya mereka yang menjalani pelayaran akan tahu kesusahan sebenar. Bagi penulis ini, pelayaran menjadi perjalanan baginya untuk membina kehidupan lebih baik. Namun, kebimbangan menerpa tatkala rasa rindu kepada tanah air mula mengusik jiwa.
Jauh diri ini belayar
Meninggalkan tempat asal
Semakin jauh ku belayar
Semakin dekat hatiku dengan watan
Semua kenangan ditinggalkan
Semua pengorbanan dilakukan
Kata mereka pengorbanan itu perlu
Demi gapai cita-cita yang jadi sinar kehidupan
Hidup tanpa pelayaran
Tanpa pengalaman baru
Kata mereka juga menghampakan
Namun… mana yang lebih hampa?
Bersedih bersama di tempat asal?
Atau
Raih kejayaan di rantau?
Ketika badai menerpa
Ketika pelayaran tidak semulus yang diharapkan
Ketika berpulang semula bukan satu pilihan
Pelayaran tidak akan ada noktahnya
KARYA: TRI YULIANNI BASUKIE
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH TAMPINES MERIDIAN
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.