#BeliaSG: Srikandi Di Sisi
Wanita yang bersemangat waja menjadi sumber inspirasi insan ini. Begitu agung cintanya kepada wanita yang bergelar 'srikandi', sehingga bibit-bibit terakhir sebelum perpisahan begitu menyayat hati. Siapa Srikandi anda?

Gambar fail seorang wanita yang ditimpa satu tragedi di Malaysia. (Gambar: Sadiq Asyraf/AFP)
BERITAmediacorp: Wanita yang bersemangat waja menjadi sumber inspirasi insan ini. Begitu agung cintanya kepada wanita yang bergelar 'srikandi', sehingga bibit-bibit terakhir sebelum perpisahan begitu menyayat hati. Siapa Srikandi anda?
Srikandiku...
Saban hari kau menemaniku
Ketika badanku tidak bermaya
Senyuman sayang menguatkan semangatku
Sentuhanmu selembut sutera.
Srikandiku...
Beratus kalendar maya
Mengukur laluan masa
Mengabaikan masa depanmu
Melayan aku seperti ratu.
Srikandiku...
Sebelum tubuh terbujur kaku
Berselimut putih salju
Doaku selalu mengiringimu
Semoga di syurga kita bertemu.
KARYA: NUR DIYANAH MOHAMMED DALI
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH JURONG PIONEER
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.