#BeliaSG: Sang Bintang
Tatkala kesepian, sesiapa sahaja pasti mendahagakan perhatian dan curahan kasih sayang. Apatah lagi bagi seseorang yang masih kecil dan mendambakan bimbingan untuk membawanya meniti kehidupan yang masih panjang. Siapa agaknya ‘Sang Bintang’ penulis ini?
BERITAmediacorp: Tatkala kesepian, sesiapa sahaja pasti mendahagakan perhatian dan curahan kasih sayang. Apatah lagi bagi seseorang yang masih kecil dan mendambakan bimbingan untuk membawanya meniti kehidupan yang masih panjang. Siapa agaknya ‘Sang Bintang’ penulis ini?
Duniaku gelap tak bergemerlap
Tak bijak cakap, selalu tersilap
Terjebak dalam cengkaman kebodohan
Terdesak sangat perlukan ajaran
Duniaku gelap, berselimutkan abu
Hampa tak bersemangat menggebu
Hatiku rindu, ingin sentuhan kalbu
Sentuhan warna bagi dunia hitam kelabu
Duniaku gelap buat hati bercelaru
Didatangi bintang cantik bergelar guru
Mengelilingi langit malam, terang-benderang
Membawa secercah harapan di awang-awang
Bintangku mengukir senyuman tulus beribu erti
Sentiasa berkarya, menyalakan sumbu inspirasi
Mengambil tanganku dengan penuh empati
Membentuk insan yang berbudi pekerti
Ketika terjatuh, ada tangan yang terhulur
Ketika menangis, ada raga siap memeluk
Ketika gagal, ada tatapan penuh kepercayaan
“Kamu mampu, kamu kuat.”
Duniaku gelap tak berkesudahan
Namun senyuman di bibir tetap tersulam
Aku tak perlu matahari, aku tak perlu bulan
Asalkan jejak kaki sang bintang sentiasa menuntun aku
Jikalau nanti kegelapan pupus di tengah cahaya
Izinkan aku membalas budi
Wahai bintang nun jauh di sana
Ribuan terima kasih atas jasamu yang abadi!
KARYA: LIVIA THEORA
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ANDERSON
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.