Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

#BeliaSG: Sama-sama Berbeza

Seiring dengan peredaran masa, kehidupan dan cabaran yang dihadapi masyarakat juga berubah-ubah. Puisi menarik ini pula membuat perbandingan antara kehidupan golongan remaja pada zaman silam dengan era masa kini. Anda setuju dengan pandangannya dalam puisi ini?

Anggaran Waktu Membaca:
#BeliaSG: Sama-sama Berbeza

Karya seni pameran Sayang Singapura. (Gambar: Lee Xin Li menerusi TODAY)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 08:52PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 08:58PM

BERITAmediacorp: Seiring dengan peredaran masa, kehidupan dan cabaran yang dihadapi masyarakat juga berubah-ubah. Puisi menarik ini pula membuat perbandingan antara kehidupan golongan remaja pada zaman silam dengan era masa kini. Anda setuju dengan pandangannya dalam puisi ini?

Wahai remaja, bayangkanlah
Kau dapat merentas masa

Di hadapan matamu - derita
Mengharungi tusukan zaman perang
Remaja yang pasrah
Yang bersujud kepada yang Maha Esa
Tentera Jepun berbaris di luar tingkap
Bersama si ibu remaja berdakap
Gementar

Di kampung si remaja puas walau serba kurang
Bermain congkak, membilang biji saga
Remaja berfoya bersama teman di bawah pokok nangka
Di sebalik hidup yang suci, sebelum ayam berkokok pagi
Terlibat dalam gejala yang dicaci
Kabaret, samseng, pergaduhan
Meluru dari si mata-mata yang berseluar pendek

Datangnya zaman hippie dan rock
Berkhutbah tentang keamanan
Di sini ada Sweet Charity, di rantau ada Deep Purple
Di tangan ada pita kaset, di kiri ada candu
Menggelinding jalan dalam khayal
Mata merah menghisap ganja
Wabak yang membuat serbuan polis menjadi rutin

Pulanglah kamu ke millennium baharu
Era globalisasi yang mengubah segalanya
Pertukaran zaman yang pantas
Bak meletakkan kita dalam lamunan
Dengan seluruh dunia di hujung jari
Bak mustahil si remaja jauh dari masalah
Internet menjadi sumber gejala terbaharu

Tidak dapat dinafikan semua bermasalah
Tidak kira 70 tahun ataupun 70 saat yang lalu
Cabaran tidak lesap ditelan zaman

Meskipun nampak berbeza kala
Sebenarnya remaja sama-sama sahaja

Diduga kesusahan dan pancaroba. 

KARYA: AINUL SARIYAH ABD LATIF
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ANDERSON

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan