#BeliaSG: Rintihan Si Malang
Pelajar Menengah 1 ini mengilhamkan sajak bagi menggambarkan pandangannya tentang malang yang menimpa orang ramai pada masa kini. Di sebalik kekesalan dan rintihannya, beliau berharap dapat menyaksikan keamanan dan jambatan jiwa kembali terbina.

(Gambar hiasan: Toa Heftiba/Unsplash)
BERITAmediacorp: Pelajar Menengah 1 ini mengilhamkan sajak bagi menggambarkan pandangannya tentang malang yang menimpa orang ramai pada masa kini. Di sebalik kekesalan dan rintihannya, beliau berharap dapat menyaksikan keamanan dan jambatan jiwa kembali terbina.
Aku enggan mengaku
Harapan alasan palsu
Kedukaan padang sayu
Beribu jiwa merayu
Suara rintihan silam
Pedoman perjalanan perubahan
Jambatan jiwa jangan jadi runtuhan
Taman indah yang dinantikan
Kejayaan menjadi rebutan
Dendam hina pula diwujudkan
Keamanan jauh dari genggaman
Dalam lamunan sahaja dirasakan
Lautan dalam tidak diduga
Penuh dengan jutaan jiwa
Mereka yang kalah tenggelam dilupa
Buat selama-lamanya
KARYA: LYDIA INSYIRAH ZULKARNAIN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.