#BeliaSG: Mengalah
Dalam kehidupan harian kita, kadang timbul rasa tidak puas hati, rasa seolah-olah semuanya tidak adil. Dan apabila bertindak terburu-buru atau terbawa-bawa dengan emosi, datang pula penyesalan. Senario ini pasti tidak asing bagi ramai.

(Gambar hiasan: Mihai Surdu/Unsplash)
BERITAmediacorp: Dalam kehidupan harian kita, kadang timbul rasa tidak puas hati, rasa seolah-olah semuanya tidak adil. Dan apabila bertindak terburu-buru atau terbawa-bawa dengan emosi, datang pula penyesalan. Senario ini pasti tidak asing bagi ramai. Puisi ini pula satu bentuk nasihat dari si penulis buat para pembacanya.
Mengalah bukan bermakna kalah
Mengalah bermakna kita matang
Mengalah maknanya kita sayang
Mengalah bermakna kita berkorban
Engkau yang tua, engkau patut mengalah
Ramai yang kata
Bukan untuk bagi muka
Tapi untuk mengumpul pahala
Diam bukan bermaksud kalah
Diam apabila dewasa
Kerana apa gunanya menang?
Jika ada yang terluka
Jika sayang, bertolak ansur
Keseimbangan itu wajib
Jika ada gembira dan sedih
Tentu ada menang dan kalah
Biarlah yang tercinta itu pergi
Untuk mencari pengganti lama
Inilah namanya pengorbanan
Untuk dia bahagia.
KARYA: NUR SYAZA RAMLAN
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH PIONEER
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.