#BeliaSG: Kecukupan usaha menyelamatkan bumi
Pada zaman ini, banyak bencana alam terjadi di pelbagai belahan dunia. Tiada hentinya berita mengenai banjir, gempa bumi dan bencana alam lainnya dilaporkan pelbagai media komunikasi. Kondisi bumi di mana kita tinggal diperburuk dengan cuaca yang tidak menentu.
Gambar hiasan. (Gambar: Josh Edelson/AFP)
BERITAmediacorp: Pada zaman ini, banyak bencana alam terjadi di pelbagai belahan dunia. Tiada hentinya berita mengenai banjir, gempa bumi dan bencana alam lainnya dilaporkan pelbagai media komunikasi. Bak peribahasa lagi jatuh ditimpa tangga, kondisi bumi di mana kita tinggal diperburuk dengan cuaca yang tidak menentu. Hal ini ditandai dengan musim panas yang menjadi semakin panas dan musim dingin menjadi semakin dingin di belahan utara dan selatan bumi.
Cuaca yang tidak menentu tidak hanya dirasakan di belahan bahagian utara dan selatan bumi. Singapura juga mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu.
Kesannya? Bumi kita mengalami kenaikan suhu yang drastik setiap tahun. Musim kemarau berpanjangan.
Keaadan bumi yang semakin tenat membuat kita tertanya-tanya adakah usaha untuk menyelamatkan bumi kita yang tercinta ini?
Mungkin ada antara kita yang mengatakan tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan bumi. Pendapat ini didukung dengan fakta bahawa masih banyak masalah pencemaran yang terjadi sekarang ini.
Pencemaran-pencemaran ini menyebabkan ozon semakin menipis. Salah satu sebab wujudnya pencemaran ini ialah pembakaran hutan. Selain melenyapkan paru-paru dunia, pembakaran hutan menghasilkan asap yang mengandungi zat-zat yang mengikis lapisan ozon. Sampai hari ini, isu pembakaran hutan juga belum dapat diatasi.
Banyak pihak tidak bertanggungjawab berleluasa membakar hutan demi keuntungan diri sendiri. Sikap egois ini tentu membawa dampak buruk bagi bumi. Tambah lagi, langkah-langkah yang diambil pemerintah belum dapat mengatasi masalah ini sepenuhnya. Tiada usaha yang nampak (hasilnya) kerana masalah masih wujud.
Meski tidak begitu ketara, masih terdapat beberapa usaha untuk menyelamatkan bumi di peringkat ASEAN. Pencemaran di kawasan ASEAN tergolong tinggi. Hal ini disebabkan banyak negara ASEAN merupakan negara berkembang. Banyak pabrik didirikan di negara berkembang menyebabkan pelbagai macam pencemaran. Pencemaran di negara-negera berkembang ASEAN telah mencapai tingkat yang memprihatinkan. Salah satu sebab wujud pencemaran ini adalah pembakaran hutan yang terjadi di Indonesia.
Dalam isu ini, terdapat usaha yang mengekang atau mengurangkan aktiviti terlarang ini. Salah satu wujud usaha ini ialah dengan mengeluarkan sangsi bagi pihak yang bertanggungjawab memicu ataupun menyebabkan pembakaran hutan. Selain itu, negara-negara ASEAN lainnya juga berganding bahu untuk membantu memadamkan titik-titik panas yang tersebar di hutan Indonesia. Namun usaha tersebut belum cukup untuk mengekang pembakaran hutan. Hal ini dikeranakan, sangsi yang diberikan kurang memberi rasa jera kepada mereka yang bertanggungjawab. Terdapat usaha di peringkat ASEAN namun belum mencukupi.
Di Singapura terdapat usaha untuk menyelamatkan bumi. Singapura gigih mencari jalan untuk mengurangi pencemaran dan kerosakan lingkungan. Salah satu wujud nyata kegigihan Singapura ialah hari bebas kenderaan. Hari bebas kenderaan dimaksudkan untuk mengurangi pencemaran yang dikeluarkan kendaraan. Pada masa kini, beberapa jalan penting di Singapura ditutup untuk masyarakat yang ingin lari pagi, berbasikal ataupun menikmati keindahan jalan-jalan penting di Singapura.
Selain itu, Singapura juga melakukan usaha untuk mengurangi kerosakan lingkungan dengan pembukaan Paya Kranji. Paya Kranji berfungsi sebagai penapis semula jadi untuk air mengalir ke Kolam Air Kranji. Selain itu Paya Kranji juga menjadi tempat persinggahan untuk burung-burung langkah yang berhijrah. Terdapat usaha yang melibatkan pelbagai peringkat.
Di peringkat global, terdapat usaha untuk menyelamatkan bumi. Warga dunia sama-sama menyingsing lengan menyumbang kepada kesejahteraan bumi. Salah satu wujud nyata dari kerjasama warga dunia untuk menyelamatkan bumi ialah Protokol Tokyo. Protokol Tokyo adalah kesepakatan pertama pelbagai negara dari seluruh dunia dalam usaha untuk mengurangi pengeluaran karbon. Meskipun belum sepenuhnya berhasil, Protokol Tokyo membuka jalan bagi usaha-usaha lain yang dilakukan pada peringkat antarabangsa.
Selain dengan kesepakatan antara negara, usaha untuk menyelamatkan bumi juga diwujudkan dalam 'Earth Hour'. Pada jam ini, setiap tahunnya sebagian besar warga dunia akan mematikan lampu selama satu jam. Hal ini dimaksudkan untuk mengurangi penggunaan bekalan elektrik setiap tahun. Jadi, terdapat usaha yang menyeluruh untuk memastikan bumi kita terjaga.
Natijahnya, dapat kita lihat bahawa terdapat banyak usaha untuk menyelamatkan bumi kita ini. Namun, usaha ini masih belum mencukupi. Pokok pangkalnya, setiap individu harus sedar dan serius dalam usaha menjadikan bumi kita sihat dan terpelihara.
Platform untuk mengingatkan warga dunia akan pentingnya menjaga alam dan memudahkan warga dunia mengambil bahagian dalam melestarikan alam harus dipertingkat. Semoga semua usaha ini dapat menyemarakkan lagi semangat warga dunia untuk menyelamatkan bumi kita. Mafhumnya, kita tidak boleh berputus asa dalam usaha menyelamatkan bumi.
KARYA: ANTHONY VINCENTIUS DANYO
SEKOLAH: INSTITUSI ST. JOSEPH
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.