#BeliaSG: Kau Masih Aku Sayang
Kedengaran seperti satu puisi cinta tetapi rupa-rupanya untuk Ibu tercinta. Tidak salah bukan jika sekali-sekala kita membuat hati insan yang melahirkan kita menjadi berbunga-bunga? Berikut puisi tulisan seorang pelajar Menengah 1 Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.
BERITAmediacorp: Kedengaran seperti satu puisi cinta tetapi rupa-rupanya untuk Ibu tercinta. Tidak salah bukan jika sekali-sekala kita membuat hati insan yang melahirkan kita menjadi berbunga-bunga? Berikut puisi tulisan seorang pelajar Menengah 1 Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.
Engkau insan yang yakin
Engkau insan yang mesra
Engkau insan berpedoman
Dan kau cerminan yang mirip buat diriku
Kilauan senyummu rupawan
Nyanyianmu membawa aku ke awan
Engkau mewarnai hidup
Bak pelangi menghiasi langit
Tidak pernah kusangka
Tidak pernah kuduga
Hubungan mesra semakin tiada
Adakah perasaanku cuma picisan saja?
Walaupun engkau dekat
Tapi jauh rasanya
Kini engkau sudah berubah
Percayalah engkau tetap aku sayang seadanya
Engkau... Ibu tercinta
KARYA: SARAH QISTINA RAMLAN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.