Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

#BeliaSG: Kasihku Kepada Nenek

Ini mungkin rintihan seorang yang dahagakan kasih sayang, tidak mendapat perhatian sepenuhnya kerana berbinkan Abdullah. Kata-kata mudah membentuk puisi ini tetapi ia sarat dengan emosi – keperitan mereka yang kesepian. 

Anggaran Waktu Membaca:
#BeliaSG: Kasihku Kepada Nenek

(Gambar hiasan: Maxim Dužij/Unsplash)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 10:27PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:32PM

BERITAmediacorp: Ini mungkin rintihan seorang yang dahagakan kasih sayang, tidak mendapat perhatian sepenuhnya kerana berbinkan Abdullah. Kata-kata mudah membentuk puisi ini tetapi ia sarat dengan emosi – keperitan mereka yang kesepian. Berikut sajak dengan naratif menarik tulisan pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong.

Walau betapa lama aku nantikan
Kasihku kepada Nenek pasti dikesampingkan lagi
Siang dan malamku bertemankan sendu.

Sejak aku kecil, Nenek tidak pernah menerima diri ini
Cemuhan keluarga membuat aku tertanya-tanya
Apakah kekurangan diriku ini?

Hanya kerana aku berbinkan Abdullah
Nenek sanggup membuang aku daripada keluarganya
Termangulah aku mengenangkan nasib yang malang ini.

Walau betapa kerap aku cuba mengambil hatinya
Aku sering dipinggirkan
Hanya bertemakan sepi dan kesunyian.

Sejak aku kecil, aku tidak dimanjakan seperti cucunya yang lain
Mungkin kerana aku satu-satunya cucu lelaki
Perlukah aku mengundurkan diri?

Biarkanlah aku membawa diri mencari kebenaran yang hakiki
Moga Nenek tidak mencemuh Ibu
Yang membesarkan aku seorang diri.

KARYA: MOHAMED SRI AL-FANDY MOHAMED RISHI
SEKOLAH; SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan