#BeliaSG: Ibu, Hanya Engkau Yang Satu
Seberapa sering anda mengungkapkan rasa sayang terhadap keluarga? Jangan sampai terlalu sibuk dan ego sehingga masa tidak terluang, orang yang dikasihi pula terabai. Tidak susah, hanya perlu mengatakan kata-kata yang mampu melembutkan hati si tercinta.

(Gambar: Donna Godsell/Unsplash)
BERITAmediacorp: Seberapa sering anda mengungkapkan rasa sayang terhadap keluarga? Jangan sampai terlalu sibuk dan ego sehingga masa tidak terluang, orang yang dikasihi pula terabai. Tidak susah, hanya perlu mengatakan kata-kata yang mampu melembutkan hati si tercinta. Dalam ruangan #BeliaSG minggu ini, seorang pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong memilih untuk memberitahu ibunya betapa besar rasa sayang terhadapnya, dalam bentuk sebuah puisi.
Ibuku laksana bulan yang satu
Tinggi berada di awan biru
Beliau menerangi jalan hidupku
Kasihnya mekar tidak pernah layu
Ibuku umpama pelita pada malam hari
Cahayanya bersinar tiada terperi
Kasih sayangnya tidak boleh dijual beli
Senyuman manisnya menenangkan hati
Sentuhan lembutnya menusuk ke sanubari
Demi anak-anaknya sanggup berkorban diri
Tanpamu Ibu tiada ertinya duniaku ini
Akan kubalas setiap keringatmu suatu hari nanti
KARYA: IFFAH HUMAIRA' MUHAMMAD MULIA
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.