#BeliaSG: Ibu dan Abah
Dua sosok di sisi menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang mengarang puisi ini. Ibu dan Ayah sama-sama berkorban demi mencorak kain putih. Pengorbanan yang tiada tolok tandingnya.

(Gambar: Ana Francisconi/Unsplash)
BERITAmediacorp: Dua sosok di sisi menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang mengarang puisi ini. Ibu dan Ayah sama-sama berkorban demi mencorak kain putih. Pengorbanan yang tiada tolok tandingnya.
Ibu dan Abah
Dua insan istimewa di dunia
Sejak kecil hingga dewasa
Engkau di sisi, di hati dan di minda
Dalam rahimmu aku kau kandung
Menjagaku dalam panas mahupun mendung
Mengajar aku cara menabung
Kaulah insan yang aku sanjung
Mencari rezeki untuk keluarga
Dengan tidak berasa hampa
Kerja keras tak mengira cuaca
Kaulah Abah yang aku cinta
Kasih sayangmu tak akan kulupa
Pengorbananmu terpahat di jiwa
Tanpa Ibu Abah aku tiada
Aku sayang... Ibu dan Abah
KARYA: ANGGUN LIYANA MOHAMMAD E
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.