#BeliaSG: Harga Sebuah Keluarga
Sering kali kita mendengar betapa setiap ibu bapa memainkan peranan penting menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak yang diibaratkan sebagai kain putih. Puisi ini menjadi bukti, betapa agungnya cinta seorang anak terhadap ibu bapa yang sentiasa di sisi.
BERITAmediacorp: Sering kali kita mendengar betapa setiap ibu bapa memainkan peranan penting menyemai nilai-nilai murni dalam diri anak yang diibaratkan sebagai kain putih. Puisi ini menjadi bukti, betapa agungnya cinta seorang anak terhadap ibu bapa yang sentiasa di sisi.
Nilai sebuah keluarga
Tidak dapat diukur kemewahan dunia
Tidak boleh dijual beli
Ayah,
Engkau sentiasa di sisi kami
Di kala susah dan senang
Engkau banyak mengajar aku
Tentang jiwa seorang lelaki
Ibu,
Tempat aku menumpang kasih
Tempat aku mencurah rasa
Suka
Duka
Kekusutan
Engkaulah, yang meleraikan
Tanpa Ayah dan Ibu,
Hidupku tiada hala tuju
Bimbingan yang jitu pembentuk maruah diriku
KARYA: MUQRIZ MIRZA MAHBOB
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.