#BeliaSG: Fakta dan Prasangka
Bila remaja lantang bersuara, ia menunjukkan mereka prihatin, peka terhadap isu-isu semasa - sama seperti orang dewasa. Merekalah ejen revolusi yang juga dambakan pengertian orang ramai. Jangan pandang sebelah mata, kerdil-kerdil ini suara seorang daripada mereka.
BERITAmediacorp: Bila remaja lantang bersuara, ia menunjukkan mereka prihatin, peka terhadap isu-isu semasa - sama seperti orang dewasa. Merekalah ejen revolusi yang juga dambakan pengertian orang ramai. Jangan pandang sebelah mata, kerdil-kerdil ini suara seorang daripada mereka.
Orang kata kami muda
Orang kata kami lupa budaya
Tapi mereka tidak memahami
Remaja ialah ejen revolusi
Baik tahun 1988
Mahupun tahun 2008
Hak tetap kami perjuangkan
Perubahan tetap kami utamakan
Kerana
Perubahan pasti berlaku
Dalam dunia yang maju
Kami hanya mahukan
Dunia ideal yang baru
Namun
Apa daya
Teriakan kami bisu
Orang kata kami muda
Orang kata kami tidak cukup tahu
Memang kami sering lupa
Akan akar Melayu
Memang kami sering lupa
Akan tradisi dan budaya
Tapi
Sejauh mana kami merantau,
Jati diri kekal utuh
Aku harap kau tahu
Kami tetap akan kembali
KARYA: GRACE MICHELLE PHOEBE HALIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ANDERSON
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.